PERKARA 8 - KEAHLIAN

8.1

Jenis-jenis ahli adalah seperti berikut:-

(a)

Ahli Biasa
Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sabah yang terdiri daripada:
(1) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpilan perkhidmatan di Malaysia;
(2) Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di Malaysia;
(3) Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara
      
atau meninggal dunia;
(4) Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
(5) Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;

(b)

Ahli Bersekutu
(1) Ahli bersekutu terbuka kepada isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi Warganegara        Malaysia;
(2) Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak        berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan;
(3) Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (1) di atas akan luput dengan sendirinya apabila        suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan.

(c)

Ahli Gabungan
(1) Ahli gabungan terbuka kepada persatuan wanita yang telah didaftarkan di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa;
(2) Keahlian ahli gabungan akan dilulukan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;

(d)

Ahli Kehormat
Yang Dipertua dengan persetujuan Majlis Tertinggi boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.

(e)

Ahli Seumur Hidup
(1) Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan;
(2) Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat , bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.

(f)

Ahli Tak Hadir
(1) Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi suatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
(2) Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran.

8.2

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan-cawangan tertentu untuk pertimbangan.

8.3

Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan Berkenaan belum ditubuhkan hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Kerja Tertingggi.

8.4

Larangan Menjadi Ahli
(a) Seseorang pemohon yang layak menjadi ahli mengikut syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih        menjadi seorang pelajar universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan kecuali        mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti atau Pengetua Kolej berkenaan;
(b) Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu sendiri berhenti atau diberhentikan        daripada berkhidmat dengan Kerajaan;
(c)  Keahlian isteri anggota Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia atau yang bercerai akan luput        setelah ia berkahwin semula.