PERKARA 27 - TINDAKAN TERTIB

27.1

Ahli-ahli akan dikenakan tindakan tatatertib atau/dan dipecat keahlianya sekiranya kelakuan dan sebarang kenyataan yang dibuatnya didapati oleh Majlis Tertinggi bertentangan dengan kepentingan dan nama baik Persatuan.

27.2

Walau bagaimanapun tindakan memecat seseorang ahli hanyalah akan diambil setelah ahli berkenaan diberi peluang untuk membela diri.