|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA 24 - PEMEGANG AMANAH |
|
24.1 |
Harta-harta takalih Persatuan/Cawangan hendaklah diletakkan di bawah kuasa 2 orang Pemegang Amanah yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Perwakilan/Mesyuarat Agung Cawangan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Persatuan/Cawangan melalui amanah.
|
|
24.2 |
Pemegang Amanah hendaklah memegang jawatan selama 2 tahun dan boleh dilantik semula.
|
|
24.3 |
Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta kepunyaan Persatuan atau Cawangan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung Perwakilan/Mesyuarat Agung Cawangan |
|
24.4 |
Seorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada Cawangan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan/ Cawangan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri secara berterusan atau ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau diberhentikan atas sesuatu sebab maka, kekosongan itu bolehlah dipenuhi oleh Pemegang Amanah yang baru dilantik oleh Majlis Tertinggi/Jawatankuasa Cawangan dengan memberitahu makluman tersebut kepada perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan/Mesyuarat Agung Cawangan.
| |
|
|
|
|
|