|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA 23 - PEMERIKSA KIRA-KIRA |
|
23.1 |
Dua orang yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi/Jawatankuasa Cawangan hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung Perwakilan/Mesyuarat Agung Cawangan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama 2 tahun.
|
|
23.2 |
Pemeriksa Kira-kira dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan/Cawangan untuk tahun itu dan mengesahkan laporan kewangan dan penyata kira-kira tahunan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Agung Perwakilan/Mesyuarat Agung Cawangan. |
|
23.3 |
Pemeriksa Kira-kira yang dilantik boleh, apabila dikehendaki oleh Yang Dipertua Majlis Tertinggi atau Pengerusi Cawangan memeriksa kira-kira Persatuan atau Cawangan pada bila-bila masa dan tarikh dalam masa mereka memegang jawatan dan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Cawangan.
| |
|
|
|
|
|