PERKARA 22 - PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

22.1

Di mana tidak ada peraturan khas dibuat di dalam Perlembagaan ini bagi apa-apa perkara berkaitan dengan pengurusan Cawangan, peraturan yang berkaitan dengan pengurusan Persatuan hendaklah dipatuhi seberapa yang boleh.

22.2

Mesyuarat Agung Perwakilan dan Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Cawangan atau mesyuarat Jawatankuasa Cawangan berkenaan dengan pengurusan hal-hal Cawangan tersebut.