|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA21 - KEWANGAN DAN AKAUN CAWANGAN |
|
21.1 |
Semua wang yang terkumpul di Cawangan akan menjadi harta bersama Persatuan |
|
21.2 |
Tahun Kewangan Cawangan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. |
|
21.3 |
Sumber kewangan Cawangan ialah: (a) Yuran masuk (b) Yuran tahunan |
|
21.4 |
Bendahari Cawangan dibenarkan memegang wang tunai tidak lebih daripada $500/- dalam satu-satu masa. Wang yang selebihnya hendaklah dalam tempoh 7 hari dari tarikh dimasukkan ke dalam bank. Akaun bank hendaklah atas nama Cawangan |
|
21.5 |
Perbelanjaan yang kurang daripada $5,000/- boleh dluluskan oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Perbelanjaan melebehi $5,000/- pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan. Perbelanjaan yang melebihi $10,000/- tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Mesyuarat Agung Cawangan.
|
|
21.6 |
(a) Cawangan Kementerian dan Negeri hendaklah memberi sumbangan 10% daripada yuran tahunan ahli kepada PUSPANITA Kebangsaan. Sumbangan ini hendaklah diserahkan kepada Bendahari Agung tidak lewat daripada akhir bulan Februari tiap-tiap tahun. (b) Cawangan Daerah hendaklah memberi sumbangan 5% daripada yuran tahunan ahli kepada Cawangan Negeri. Sumbangan ini hendaklah diserahkan kepada Bendahari Cawangan Negeri tidak lewat daripada awal bulan Februari tiap-tiap tahun. (c) Cawangan Daerah Kecil hendaklah memberi sumbangan 5% daripada yuran ahli kepada Cawangan Daerah. Sumbangan ini hendaklah diserahkan kepada Bendahari Cawangan Daerah tidak lewat daripada akhir bulan Januari tiap-tiap tahun.
|
|
21.7 |
Penyata Kewangan hendaklah disediakan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira.
|
|
21.8 |
Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan yang telah diperksa oleh Pemeriksa Kira-kira dan ditandatangani oleh bendahari danpengerusi hendaklah dihantar kepada Bendahari Agung tiap-tiap tahun.
| |
|
|
|
|
|