|
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
20.1.1 Mesyuarat Agung Cawangan akan diadakan tidak lewat dari akhir bulan April tiap-tiap tahun.
20.1.2 Agenda bagi Mesyuarat Agung Cawangan ialah (a) Melantik pengerusi mesyuarat, jika perlu. (b) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Cawangan yang lalu. (c) Menerima laporan tahunan mengenai pergerakannya bagi tahun yang lalu. (d) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lalu. (e) Memilih Ahli Jawatankuasa Cawangan, Pemeriksa Kira-kira dan Pemegang Amanah 2 tahun sekali. (f ) Memilih 5 atau 8 wakil ke Mesyuarat Agung Perwakilan atau Cawangan. (g) Membincangkan usul-usul dan perkara-perkara lain yang telah diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
20.1.3 Setiausaha hendaklah mengeluarkan satu notis memberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat mesyuarat 21 hari sebelum mesyuarat diadakan serta meminta ahli mengemukakan usul-usul pindaan Perlembagaan atau lain-lain usul jika ada yang hendak dibincangkan.
20.1.4 Usul-usul untuk perbincangan di Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah sampai kepada Setiausaha tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikg mesyuarat.
20.1.5 Setiausaha hendaklah mengedarkan minit Mesyuarat Agung Cawangan yang lalu, laporan cawangan, penyata kira-kira yang telah diaudit, usul-usul pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul jika ada kepada ahli-ahli tidak kurang daripada 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.
20.1.6 Tiap-tiap cawangan berhak menghadiri, bercakap dan mengundi dalam sebarang Mesyuarat Agung Cawangan.
20.1.7 Sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah ahli-ahli Cawangan hendaklah hadir di dalam sesuatu Mesyuarat Agung Cawangan untuk mengesahkan perjalanan mesyuarat.
20.1.8 Jika selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk sesuatu Mesyuarat Agung Cawangan kuoram masih tidak cukup, mesyuarat itu boleh ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan. Sekiranya kuoram masih tidak cukup setengan jam selepas dari masa yang ditetapkan unukt mesyuarat Agung Cawangan yang ditangguhkan itu maka seberapa bilangan ahli yang hadir adalah mempunyai kuasa untuk meneruskan mesyuarat hari itu, tetapi tidak berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
|