PERKARA 19 - JAWATANKUASA-JAWATANKUASA CAWANGAN

19.1

Jawatankuasa Cawangan Kementerian

19.1.1 Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Kementerian
            (a) Pengerusi
            (b) Timbalan Pengerusi
            (c) Setiausaha
            (d) Penolong Setiausaha
            (e) Bendahari
            (f)  Penolong Bendahari
            (g) Tidak kurang daripada 8 Ahli Jawatankuasa Biasa
            (h) Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

19.1.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian
            (a) Isteri Ketua Setiausaha menjadi Pengerusi. Sekiranya Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan                    adalah wanita, maka isteri Timbalan Ketua Setiausaha yang terkanan menjadi Pengerusi.
            (b) Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa                    Cawangan Kementerian 2 tahun sekali.
            (c) Isteri Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian dan isteri Ketua-ketua Bahagian bagi
                   mana-mana Kementerian yang tiada Jabatan menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
            (d) Ketua Jabatan Wanita menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap.
            (e) Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan 2                    tahun sekali.
            (f) Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang                   daripada 8 orang ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Cawangan 2                   tahun sekali.
            (g) Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada (a), (c), dan (d) di atas akan                    luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia;                    akan diganti oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
            (h) Jika berlaku kekosongan di dalam (f) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak                    semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi                    kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.                    Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhak memilih seorang ahli yang                    difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan

19.1.3 Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian

             Pengerusi
            (a) Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa cawangan dan                    bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
            (b) Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit-minit mesyuarat yang                    diluluskan
            (c) Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha diberi kuasa menandatangani
                  cek-cek Cawangan

             Timbalan Pengerusi
            (a) Membantu tugas-tugas Pengerusi
            (b) Timbalan PengerusiMembantu tugas-tugas Pengerusi.

             Setiausaha
            (a) Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan                    surat- menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
            (b) Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap                    dan kemaskini.
             (c) Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
             (d) Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat                     minit-minit mesyuarat.
             (e) Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
             (f)  Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa                     menandatangani cek-cek Cawangan.

             Penolong Setiausaha
             Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan              memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

             Bendahari
           (a) Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan.
           (b) Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini                   termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
           (c) Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak                  Cawangan.
           (d) Bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh                   Pemeriksa Kira-kira sebaik-baik sahaja tamat tahun kewangan.

              Penolong Bendahari
              Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku               jawatan itu semasa ketiadaanya.   

              Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
              Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan               membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

19.1.4 Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Kementerian
            (a) Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif- objektif Persatuan.                    Walau bagaimanapun, Jawatankuasa boleh menggunakan budi bicaranya untuk                    mengubahsuaikan mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
            (b) Jawatankuasa Cawangan Kementerian Boleh menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan lain-lain                    Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan apabila diperlukan.
            (c)  Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan, laporan kewangan, usul-usul pindaan                    Perlembangaan atau lain-lain usul jika ada, dan nama-nama perwakilan ke MAP kepada                    Setiausaha Agung dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
            (d) Bertanggungjawab mengisi dan menghantar penyata-penyata tahunan berserta dengan                    penyata kira-kira yang disahkan dan ditandatangan balas oleh salah seorang pemegang                    -pemegang jawatan utama Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam                    tempoh 28 hari selepas Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
            (e) Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang 3 kali setahun dan notis                    untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari sebelum mesyuarat                    diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak                    berseorangan ataupun tidak kurang daripada10 orang ahli, boleh memanggil supaya diadakan                    satu mesyuarat Jawatankuasa Cawangan bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
              (f) Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2)                     daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan.

19.2

Jawatankuasa Cawangan Negeri

19.2.1 Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Negeri
            (a) Pengerusi
            (b) Timbalan Pengerusi
            (c) Setiausaha
            (d) Penolong Setiausaha
            (e) Bendahari
            (f)  Penolong Bendahari
            (g) Tidak kurang daripada 8 ahli Jawatankuasa Biasa
            (h) Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

19.2.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Negeri
            (a) Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi Pengerusi
            (b) Timbalan Pengerusi dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa                    Cawangan Negeri.
            (c) Isteri Pegawai-pegawai Daerah dan isteri Ketua-ketua Jabatan Negeri, Persekutuan di Negeri,                    Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Majlis Kerajaan Tempatan menjadi ahli                    Jawatankuasa Biasa Tetap.
            (d) Setiausaha hendaklah dilantik oleh Pengerusi Dengan persetujuan Ahli Jawatankuasa 2 tahun                    sekali.
            (e) Jawatan-jawatan Penolong Setiausaha. bendahari, Penolong Bendahari dan tidak kurang                    daripada 8 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah dipilih melalui undi terbanyak dalam Mesyuarat                    Agung Cawangan 2 tahuan sekali.
             (f)  Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) dan (c) di atas akan luput apabila ia                    atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaminya meninggal dunia; akan digantikan                    oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
             (g) Jika berlaku kekosongan di dalam (e) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak                     semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi                     kekosongan itu selama baki tempoh perkhodmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.                     Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhad memilih seorang ahli yang                    difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

19.2.3 Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Negeri
            (a) Bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan cawangan-cawangannya.
            (b) Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
            (c) Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat                    yang liluluskan.
            (d) Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha diberi kuasa menandatangani                    cek- cek Cawangan.

            Timbalan Pengerusi
            (a) Membantu tugas-tugas Pengerusi
            (b) Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tidak ada

            Setiausaha
           (a) Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat                  dan menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
           (b) Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan                   kemaskini.
           (c) Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
           (d) Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit-minit                  mesyuarat.
           (e) Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
           (f)  Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa                   menandatangani cek-cek Cawangan.

             Penolong Setiausaha
             Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan              memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

             Bendahari
           (a) Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan
           (b) Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini                   termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
           (c) Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak                  Cawangan.
           (d) Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir                  tahun kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.

             Penolong Bendahari
             Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku              jawatan itu semasa ketiadaanya.

             Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
             Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan              membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

19.2.4 Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Negeri
            (a) Bertanggungjawab mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Persatuan di peringkat negeri.                    Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budibicara untuk mengubahsuaikan                    mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
            (b) Jawatankuasa Cawangan Negeri boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan                    apabila diperlukan.
            (c) Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyata kewangan, usul-usul                    Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul jika ada, dan nama-nama perwakilan ke Mesyuarat                    Agung Perwakilan kepada Setiausaha Agung dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Agung                    Cawangan diadakan.
            (d) Bertanggungjawab mengisi dan mengantar penyata-penyata tahunan beserta dengan penyata                    kira-kira yang disahkan dan ditanndatangani balas oleh seorang pemegang jawatan utama                    Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari selepas                    Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
            (e) Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan notis                    untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalamtempoh 7 hari sebelum mesyuarat                    diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak                    berseorangan atau tidak kurang daripada 10 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu                    mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak.
             (f) Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2)                    daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan .

19.3

Jawatankuasa Cawangan Daerah

19.3.1 Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Daerah
            (a) Pengerusi
            (b) Timbalan Pengerusi
            (c) Setiausaha
            (d) Penolong Setiausaha
            (e) Bendahari
            (f ) Penolong Bendahari
            (g) Tidak kurang daripada 4 Ahli Jawatankuasa Biasa
            (h) Ahli Jawatankuasa Biasa Tetap

19.3.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah
            (a) Isteri Pegawai Daerah menjadi Pengerusi. Sekiranya Pengawai Daerah berkenaan adalah wanita,                    maka isteri Ketua Penolong Pegawai Daerah yang terkanan menjadi Pengerusi.
            (b) Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan                    Jawatankuasa.
            (c) Isteri Pegawai Daerah menjadi ahli Jawatankuasa Biasa Tetap
            (d) Penolong Setiausaha,Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa dipilih                    melalui undi terbanyak di Mesyuarat Agung Cawangan daerah 2 tahun sekali.
            (e) Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) dan (c) di atas akan luput apabila ia                    atau suaminya meninggal dunia; akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru.
            (f ) Jika berlaku kekosongan di dalam (d) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak                    semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi                    kekosongan itu selama baki tempoh perkhodmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.                    Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhad memilih seorang ahli yang                    difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

19.3.3 Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah
           
Pengerusi 
(a) Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
(b) Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat              yang diluluskan.
(c) Bersama-sama dengan Bendahari/Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek Cawangan.

Timbalan Pengerusi
(a) Membantu tugas-tugas Pengerusi
(b) Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tidak ada.

Setiausaha
(a) Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan        menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
(b) Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan        kemaskini.
(e) Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
(e) Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit        - minit mesyuarat.
(e) Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
(e) Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa        menandatangani cek-cek Persatuan

Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

Bendahari
(e) Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan
(e) Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini        termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
(e) Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
(e) Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun        kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.

Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

19.3.4 Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Daerah
            (e) Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif-objektif Persatuan.                    Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budibicara untuk mengubahsuaikan                    mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
            (e) Jawatankuasa Cawangan Daerah boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan                    apabila diperlukan.
            (e) Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyata kewangan dan nama-nama                    wakil ke MACN kepada Setiausaha Cawangan Negeri tiap-tiap tahun dalam tempoh 14 hari                    selepas Mesyuarat Agung Daerah diadakan.
            (e) Bertanggungjawab mengisi dan mengantar penyata-penyata tahunan beserta dengan penyata                    kira-kira yang disahkan dan ditanndatangani balas oleh seorang pemegang jawatan utama                    Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan tiap-tiap tahun dalam tempoh 28 hari selepas                    Mesyuarat Agung Cawangan diadakan.
            (e) Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan notis                    untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalamtempoh 7 hari sebelum mesyuarat                    diadakan. Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dengan persetujuan Pengerusi boleh bertindak                    berseorangan atau tidak kurang daripada 5 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu                    mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa yang difikirkan mustahak
             (e) Kuoram bagi mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2)                     daripada jumlah ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan .

19.4

Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil

19.4.1 Keanggotaan Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
            (a) Pengerusi
            (b) Timbalan Pengerusi
            (c) Setiausaha
            (d) Penolong Setiausaha
            (e) Bendahari
            (f)  Penolong Bendahari
            (g) Tidak kurang daripada 4 Ahli Jawatankuasa Biasa

19.4.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
            (a) Isteri Penolong Pegawai Daerah menjadi Pengerusi.
            (b) Timbalan Pengerusi dan Setiausaha dilantik 2 tahun sekali oleh Pengerusi dengan persetujuan                    Jawatankuasa.
            (c) Penolong Setiausaha,Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa dipilih                    melalui undi terbanyak di Mesyuarat Agung Cawangan daerah 2 tahun sekali
            (d) Keahlian seseorang Ahli Jawatankuasa terdiri daripada (a) di atas akan luput apabila ia atau                    suaminya bersara, meletakan jawatan atau suaminya meninggal dunia; akan di gantikan oleh                    pegawai atau isteri pegawai yang baru.
            (e) Jika berlaku kekosongan di dalam (d) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak                    semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan hendaklah dijemput memenuhi                    kekosongan itu selama baki tempoh perkhodmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.                    Sekiranya jemputan itu ditolak, Jawatankuasa Cawangan berhad memilih seorang ahli yang                    difikirkan sesuai untuk memenuhi kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.

19.4.3 Tugas-tugas Anggota Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil

Pengerusi
(a) Pengerusi akan mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
(b) Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang        diluluskan.
(c) Pengerusi bersama-sama dengan Bendahari/Setiausaha diberi kuasa menandatangani cek-cek        Cawangan.

Timbalan Pengerusi
(a) Membantu tugas-tugas Pengerusi
(b) Memangku tugas-tugas Pengerusi apabila Pengerusi tidak ada

Setiausaha
(a) Bertanggungjawab mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan surat-menyurat dan        menyimpan semua buku, risalah, kertas Persatuan dan minit mesyuarat.
(b) Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan        kemaskini.
(c) Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Cawangan.
(d) Bertanggungjawab mengeluarkan notis-notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minit        -minit mesyuarat.
(e) Bertanggungjawab di atas kesempurnaan semua mesyuarat.
(f ) Setiausaha semasa ketiadaan Bendahari bersama-sama dengan Pengerusi diberi kuasa        menandatangani cek-cek Cawangan.

Penolong Setiausaha
Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

Bendahari
(a) Bertanggungjawab ke atas semua perkara kewangan Cawangan
(b) Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan menyimpan rekod yang kemaskini        termasuk mengutip yuran masuk dan yuran tahunan daripada ahli-ahli.
(c) Bendahari bersama-sama Pengerusi diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Cawangan.
(d) Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira setelah berakhir tahun        kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira.

Penolong Bendahari
Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.

Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa
Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa dan membantu pegawai-pegawai di dalam menjalankan kegiatan-kegiatan Cawangan.

19.4.4 Tanggungjawab Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil
            (a) Mengurus segala kegiatan dan hal ehwal Cawangan sejajar dengan objektif-objektif Persatuan.                    Walau bagaimanapun jawatankuasa bolehlah menggunakan budibicara untuk mengubahsuaikan                    mengikut keperluan dan kecenderungan ahli-ahli.
            (b) Jawatankuasa Cawangan Daerah boleh menubuh Jawatankuasa Kecil di peringkatnya jika dan                    apabila diperlukan.
            (c) Bertanggungjawab menghantar laporan tahunan Cawangan, penyata kewangan dan nama-nama                    wakil ke MACN kepada Setiausaha Cawangan Negeri tiap-tiap tahun dalam tempoh 14 hari                    selepas Mesyuarat Agung Daerah diadakan.