|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA 16 - PEMBUBARAN CAWANGAN |
|
16.1 |
Majlis Tertinggi boleh membubarkan Cawangan: (a) Jika bilangan ahli-ahli di dalam masa 6 bulan berturut-turut kurang daripada 10 orang. (b) Jika Cawangan tidak patuh kepada Perlembagaan Persatuan atau keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan atau Majlis Tertinggi atau jika difikirkan bersalah oleh Majlis Tertinggi kerana perbuatan merosakkan Persatuan ini. |
|
16.2 |
Keputusan membubarkan Cawangan hendaklah dibuat dengan undi terbanyak di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan Cawangan dengan sebab yang disebutkan di dalam Perenggan 16.1 (b) di atas. Cawangan yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan 30 hari terlebih dahulu an diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan. |
|
16.3 |
Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Sebarang Cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada penirimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan; di dalam keadaan yang demikian Majlis Tertinggi boleh melantik satu jawatankuasa pengurusan dari ahli-ahli untuk mengurus hal-hal Cawangan itu sementara rayuan ditimbangkan. |
|
16.4 |
Jika sesuatu Cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan bagi perkara 16.1(a) Perlembagaan ini, maka Majlis Tertinggi hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada Cawangan yang hampir sekali, dan jika Cawangan ditutup kerana sebab di dalam perkara 16.1(b) Perlembagaan ini maka ahli-ahli akan terhenti daripada menjadi ahli Persatuan. |
|
16.5 |
Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi Cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan segala buku, rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh Cawangan itu beserta dengan satu keterangan kira-kira Cawangan mulai dari tarikh-tarikh penyata itu hantar sehingga tarikh perintah penutupan. |
|
16.6 |
Jika ahli-ahli sesuatu Cawangan hendak keluar daripada Persatuan maka pegawai-pegawai Cawangan itu dengan serta-merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung Persatuan semua buku, rekod, wang dan lain-lain harta Persatuan dan seterusnya menyediakan dan menyerahkan keterangan-keterangan kira-kira Cawangan kepada Setiausaha sama seperti di dalam perkara 16.5 di atas. | |
|
|
|
|
|