|
Mesyuarat Agung Perwakilan
14.1.1 Mesyuarat Agung Perwakilan mestilah diadakan dengan secepat mungkin selepas berakhir tahun kewangan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi tetapi tidak lewat dari akhir bulan Jun tiap-tiap tahun
14.1.2 Agenda bagi MAP (a) Melantik Pengerusi ialah Mesyuarat Agung Perwakilan jika perlu; (b) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu; (c) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; (d) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira yang telahdiaudit bagi tahun yang lalu; (e) Memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi Pemeriksa Kira-kira dan Pemegang Amanah dua tahun sekali; (f) Membincangkan usul-usul dan perkara-perkara yang t elah diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Agung 28 hari sebelum tarikh mesyuarat. (g) Ucapan Penangguhan.
14.1.3 Setiausaha Agung hendaklah menyibarkan kepada semua Cawangan 45 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan satu notis pendahuluan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat yang akan diadakan dan meminta cawangan-cawangan mengemukakan usul-usul yang diluluskan oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Cawangan yang hendak dibentangkan di Mesyuarat Agung Perwakilan. Notis pendahuluan ini hendaklah juga dipamerkan di Pejabat Persatuan.
14.1.4 Usul-usul untuk perbincangan dalam mesyuarat mesti sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 28 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan.
14.1.5 Setiausaha Agung hendaklah mengedarkan kepada semua Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan, satu agenda mesyuarat, salinan minit Mesyuarat Agung Perwakilan yang lalu. usul-usul Pindaan Perlembagaan dan lain-lain usul (jika ada), penyata kira-kira yang sudah diperiksa bagi tahun lalu. Salinan-salinan dokumen ini perlu juga diadakan di pejabat atau tempat mesyuarat Persatuan untuk kegunaan ahli-ahli.
14.1.6 MAP hendaklah dihadiri oleh (a) Ahli-ahli Majlis Tertinggi (b) Wakil-wakil Cawangan Kementerian (c) Wakil-wakil Cawangan Negeri (d) Wakil-wakil Cawangan Daerah dan Daerah Kecil
14.1.7 Cawangan Kementerian yang mempunyai ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke MAP manakala Cawangan Kementerian yang mempunyai ahli lebuh daripada 500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP.
14.1.8 Cawangan Negeri yang mempunyai ahli kurang daripada 500 orang akan menghantar 5 orang wakil ke MAP yan mana termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan Daerah Kecil. Manakala Cawangan Negeri yang mempunyai ahli lebih daripada 500 orang akan menghantar 8 orang wakil ke MAP yang mana termasuk perwakilan dari Cawangan Daerah dan Cawangan Daerah Kecil.
14.1.9 MAP berkuasa mentafsir, keluluskan usul, meminda dan menentukan apa-apa perkara yang tidak jelas di dalam Perlembagaan.
14.1.10 Kuoram untuk mesyuarat dianggap cukup jika wakil-wakil Cawangan yang hadir tidak kira jumlahnya adalah lebih daripada setengah bilangan Cawangan yang berdaftar.
14.1.11 Jika selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk sesuatu mesyuarat agung kuoram masih tidak cukup, mesyuarat itu boleh ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi tetapi tidak melebihi 14 hari. Sekiranya kuoram masih tidak cukup setengah jam selepas mas yang ditetapkan oleh mesyuarat agung yang ditangguhkan itu,maka bilangan ahli yang hadir mempunyai kuasa untuk meneruskan mesyuarat hari itu, tetapi mereka tidak berkuasa meminda Perlembagaan Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
|