|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PERKARA 11 - KEANGGOTAAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI |
|
11.1 |
Keanggotaan Majlis Tertinggi Majlis Tertinggi adalah terdiri daripada: (a) Yang Dipertua (b) Dua orang Timbalan Yang Dipertua (c) Tiga orang Naib Yang Dipertua (d) Setiausaha Agung (e) Penolong Setiausaha Agung (f ) Bendahari Agung (g) Penolong Bendahari Agung (h) 45 Orang Ahli Majlis Tertinggi Biasa
|
|
11.2 |
Pemilihan Anggota Majlis Tertinggi (a) Isteri Ketua Setiausaha Negara menjadi Yang Dipertua Persatuan. (b) Isteri Ketua Setiausaha Perbendeharaan dan isteri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menjadi Timbalan-timbalan Yang Dipertua Persatuan. (c) Pemegang-pemegang jawatan Naib Yang Dipertua adalah dipilih dan dilantik 2 tahun sekali oleh Yang Dipertua Persartuan dengan persetujuan Majlis Tertinggi dan seorang daripadanya mewakili pegawai dan kakitangan wanita dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. (d) Isteri Ketua-ketua Setiausaha dan Setiausaha-setiausaha kerajaan Negeri menjadi ahli-ahli biasa Majlis Tertinggi. (e) Setiausah Agung hendaklah dilantik oleh Yang Dipertua dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi 2 tahun sekali. (f) Jawatan-jawatan bagi Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung,Penolong Bendahari Agung dan lapan orang ahli biasa Majlis Tertinggi hendaklah diisi melalui pemilihan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan 2 tahun sekali. (g) Keahlian seseorang ahli Majlis Tertinggi terdiri daripada (a), (b), (c) dan (d) di atas akan luput apabila ia atau suaminya bersara, meletakkan jawatan atau suaiminya meninggal dunia, akan digantikan oleh pegawai atau isteri pegawai yang baru. (h) Jika berlaku kekosongan di dalm (f) di atas, maka calon kedua mendapat undi terbanyak semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan hendaklah dijemput memenuhi kekosongan itu selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang mengosongkan jawatan itu. Sekiranya jemputan itu ditolak, Majlis Tertinggi berhak memilih seorang ahli yang difikirkan sesuai untuk memilih kekosongan itu bagi baki tempoh perkhidmatan berkenaan.
|
|
11.3 |
Tugas-tugas Anggota Majlis Tertinggi
Yang Dipertua (a) Yang Dipertua akan menjadi pengerusi semua mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi serta bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut. (b) Beliau juga mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani minit tiap-tiap satu mesyuarat yang diluluskan. (c) Yang Dipertua bersama-sama dengan Bendahari Agung atau Setiausaha Agung diberi kuasa menandatangani cek-cek Persatuan.
Timbalan Yang Dipetua Timbalan Yang Dipertua akan menjalankan tugas Yang Dipertua pada masa ketiadaanya.
Naib Yang Dipetua Naib Yang Dipetua akan menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari semasa ke samasa.
Setiausaha Agung (a) Mengendalikan segala urusan Persatuan khasnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, risalah, kertas dan minit mesyuarat. (b) Bertanggungjawab menyimpan buku daftar ahli dan pemegang-pemegang jawatan yang lengkap dan kemaskini. (c) Menyediakan laporan tahunan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan. (d) Mengeluarkan notis-notis, memanggil mesyuarat-mesyuarat an mencatat minit-minit mesyuarat. (e) Mengirim penyata-penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia. (f) Setiausaha Agung bersama-sama Yang Dipertua akan mendatangani semua cek bagi pihak Persatuan, semasa ketiadaan Bendahari Agung.
Penolong Setiausaha Agung Penolong Setiausaha Agung akan membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya.
Bendahari Agung (a) Bertanggungjawab terhadap semua perkara kewangan Persatuan. (b) Bertanggungjawab menyimpan akaun wang keluar masuk dan bertanggungjawab menyimpan semua rekod kewangan Persatuan. (c) Bendahari Agung bersama-sama Yang Dipertua diberi kuasa menandatangani semua cek bagi pihak Persatuan. (d) Bertanggungjawab menyediakan laporan akaun tahunan dan penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa KIra-kira.
Penolong Bendahari Agung Penolong Bendahari Agung akan membantu Bendahari Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya.
Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa Ahli-ahli Majlis Tertinggi Biasa hendaklah menghadiri setiap persatuan serta merancang strategi-strategi perlaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan
|
|
11.4 |
Tanggungjawab Majlis Tertinggi (b) Majlis ini bertanggungjawab menggubal dasar persatuan serta merancang strategi-strategi perlaksanaan dasar mengikut Perlembagaan Persatuan. (b) Majlis ini bertanggungjawab menyusun aktiviti-aktiviti Persatuan Dan mengawasi serta menentukan bahawa tidak ada perkara-perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan (b) Jika ada perkara-perkara tertentu berkenaan dengan dasar dan pindaan Perlembagaan, Majlis Tertinggi perlu merujuk kepada Mesyuarat Agung Perwakilan untuk maklum dan kelulusan. (b) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun dan notis untuk satu-satu mesyuarat itu hendaklah diberi dalam tempuh 7 hari kepada ahli-ahlinya. Yang Dipertua ataupun Timbalan Yang Dipertua dengan persetujuan Yang Dipertua boleh bertindak berseorangan ataupun tidak kurang daripada 10 orang ahli boleh memanggil supaya diadakan satu mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa yang difikirkan mustakak. (b) Kuoram bagi mesyuarat Mahlis Tertinggi dianggap sah jika dihadiri oleh setengah (1/2) daripada jumlah anggota-anggota Majlis Tertinggi. (b) Majlis Tertinggi boleh memberi arahan-arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankanhal ehwal Persatuan (b) Majlis Tertinggi boleh membentuk jawatankuasa-jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu. (b) Majlis Tertinggi boleh menggantung atau memecat anggota-anggotanya yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Perwakilan atau dilantik oleh Ynag Dipertua sekiranya tindakanya itu difikirkan betul dan tepat dari segi kepentingan Persatuan. (b) Keputusan Majlis Tertinggi mestilah dipatuhi oleh semua ahli persatuan kecuali dan sehingga dipinda oleh satu keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan. (b) Di antara Mesyuarat Agung Perwakilan, Majlis Tertinggi boleh memberi tafsiranya kepada Perlembagaan ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut didalam Perlembagaan ini. Kecuali perkara-perkara bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, keputusan Majlis Tertinggi terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.
| |
|
|
|
|
|