PERKARA 10 - KEAHLIAN

10.1

Persatuan ini hendaklah ditubuhkan berdasarkan rajah organisasi seperti di Lampiran X Perlembagaan ini. Jentera pentadbiran bagi Persatuan ini ialah Majlis Tertinggi (MT) dengan dibantu oleh Jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:-
(a) Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT)
(b) Jawatankuasa Cawangan Kementerian (JCK)
(c) Jawatankuasa Cawangan Negeri (JCN)
(d) Jawatankuasa Cawangan Daerah (JCD)
(e) Jawatankuasa Cawangan Daerah Kecil (JCDK)
(f) Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang lain jika perlu.

1.02

Segala urusan di semua peringkat tertakluk kepada Perlembagaan Persatuan.

1.03

Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan semua Jawatankuasa Cawangan Kementerian dan Negeri adalah bertanggungjawab kepada Majlis Tertinggi. Jawatankuasa Cawangan Daerah dan Daerah Kecil bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cawangan Negeri berkenaan.

10.4

Hanya Majlis Tertinggi berhak membuat penentuan mengenai perkara-perkara dasar Persatuan.

10.5

Semua pemegang jawatan dan tiap-tiap orang yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Persatuan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia. Bukan warganegara bolehmemegang jawatan dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.