|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Page Content
|
|
..:: PERUTUSAN PENGERUSI ::.. |
![]() |
![]() |
![]() |
|

Sekapur Sireh.....Seulas Pinang.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA yang dihormati lagi di kasihi.
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Laporan Tahun 2007 PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar atau ringkasnya NRE. Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa di pelbagai peringkat yang berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab ke arah usaha memartabatkan peranan wanita dikalangan ahli-ahli Puspanita NRE khususnya.
Sungguhpun program dan aktiviti PUSPANITA NRE dibuat secara sukarela, saya percaya semua perancangan yang dibuat akan dapat direalisasikan dengan jaya jika semua pihak berganding bahu dan bersemangat dalam mencapai wawasan menjadi wanita yang berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, Kementerian dan masyarakat sejagat. Sejak menerajui kelahiran PUSPANITA NRE pada tahun 2004 sehingga kini, saya sungguh gembira dengan pencapaian PUSPANITA NRE yang amat memberansangkan sehingga kini. Saya juga ingin menyeru kepada semua ahli PUSPANITA NRE untuk menghayati slogan "Wanita Sepakat Negara Meningkat" kerana sesungguhnya di dalam era globalisasi, amatlah wajar ahli-ahli PUSPANITA mempunyai fikiran yang bernas lagi positif untuk mengatasi sesuatu masalah atau cabaran. Justeru itu, kita mestilah mengamalkan semangat kerja berpasukan, bersikap toleransi serta berhemah-tinggi agar keharmonian berterusan dan seterusnya dapat menyumbang ke arah kemakmuran negara. “ Wanita Sepakat, Negara Meningkat”
DATIN HAJAH HALIMAH BT YUSOFF (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) |
|
|
|
|
| |
![]() |
![]() | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|