|
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA yang dihormati lagi dikasihi.
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat saya menulis sepatah dua kata didalam Laman Web Puspanita untuk tahun 2006.
Sejak Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar ditubuhkan pada 27 Mac 2004 memberangsangkan dan berkesan di mana ia menepati dengan misi dan visinya.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, saling bantu membantu berganding bahu, bededikasi dan komitmen daripada ahli-ahli PUSPANITA NRE. Di dalam era globalisasi, amatlah wajar ahli-ahli PUSPANITA NRE memainkan peranan masing-masing serta mempunyai fikiran yang bernas lagi positif untuk mengatasi sesuatu masalah atau cabaran. Justeru itu kita mestilah mengamalkan semangat 'team work', bersikap toleransi serta berhemah tinggi, berniat jujur dan ikhlas serta bersifat penyayang antara satu sama lain agar keharmonian dalam PUSPANITA berterusan.
Saya percaya dengan adanya usaha dan kerjasama segala rancangan jangka panjang PUSPANITA contohnya ICT, meningkatkan tahap kesedaran dalam menangani penyakit-penyakit khususnya barah payudara, menjadi ibubapa yang cemerlang lagi terbilang, berketerampilan, beretika dan berilmu akan mendapat menyumbang kepada pembangunan diri dan keluarga masyarakat dan negara, insyallah.
Semoga pada tahun 2006 ini PUSPNITA NRE akan terus menempa kejayaan demi kejayaan serta mendapat sokongan dn sambutan dari warga NRE.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama yang erat di antara ahli-ahli PUSPNITA NRE Ibu Pejabat sewaktu saya memegang jawatan Pengerusi selama dua tahun dari Mac 2004 sehingga Februari 2006.
Tidak ketinggalan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa PUSPANITA diperingkat Induk dan di jabatan-jabatan/ Agensi yang telah berkerja keras bagi memastikan Laman Web PUSPNITA NREini akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekian, terima kasih.
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"
DATIN HAJJAH HALIMAH BT HAJI YUSOFF Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) |