Skip navigation links
Perutusan 2009
Perutusan 2008
Perutusan 2007
Sejarah Penubuhan
Senarai Bekas Pengerusi
Tujuan Puspanita
Carta
Carta Cawangan NRE
Carta Ibu Pejabat
Carta PERHILITAN
Carta JMG
Carta JPSM
Carta JKPTG
Carta JPS
Carta FRIM
Carta JUPEM
Carta JAS
Carta NAHRIM
Logo Dan Definisi
Perlembagaan
Lagu Puspanita
Direktori
Cawangan NRE
Ibu Pejabat
Perhilitan
JMG
JPSM
JKPTG
JPS
FRIM
JUPEM
JAS
Aktiviti 2009
Aktiviti 2008
Aktiviti 2007
Aktiviti 2006
Aktiviti 2005

 

..:: PERUTUSAN PENGERUSI ::..



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA yang dihormati lagi di kasihi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa di pelbagai peringkat kerana berjaya mempertingkatkan usaha ke arah perkongsian maklumat dikalangan ahli-ahli Puspanita khususnya ahli-ahli Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Ini melambangkan titik permulaan ke arah kerjasama sebagai satu pasukan untuk mempertingkatkan usaha ke arah perkongsian dan penyampaian maklumat kepada semua Warga Puspanita NRE walaupun bebanan tugas dibuat secara sukarela. Saya percaya semua perancangan yang dibuat  dapat direalisasikan jika semua pihak berganding bahu bersama-sama dan bersemangat serta mempunyai pandangan yang sama untuk mencapai wawasan bagi menjadi wanita yang berdaya saing, berkualiti, berilmu, berwawasan, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.

Semenjak Puspanita ditubuhkan di Kementerian ini, saya yakin banyak kejayaan yang telah dicapai dan ianya amatlah memberansangkan di mana  menerusi aktiviti kemajuan diri, ceramah, bengkel, seminar dan kursus yang dianjurkan, kaum wanita dalam Perkhidmatan Awam berpeluang untuk meningkatkan hubungan silaturrahim, ilmu kemahiran disamping meningkatkan ketrampilan diri.

Aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli tetapi juga sebagai tanda terima kasih di atas sokongan ahli kepada aktiviti Persatuan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang amat memerlukan kerjasama semua di dalam memastikan ia berjaya dilaksanakan. Saya juga berharap ahli-ahli akan terus memberikan cadangan dan pandangan untuk memastikan Persatuan ini terus bergerak dengan jayanya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli PUSPANITA NRE untuk menghayati slogan "Wanita Sepakat Negara Meningkat" kerana sesungguhnya di dalam era globalisasi, amatlah wajar ahli-ahli PUSPANITA memainkan peranan masing-masing, mengamalkan semangat kerja berpasukan, bersikap toleransi serta berhemah-tinggi agar keharmonian berterusan dan seterusnya dapat menyumbang ke arah kemakmuran negara.

Datin Shariah Binti Md. Khalid
(Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)