Puspanita > Koleksi Ucapan > Teks Ucapan Perasmian Program Kembara Alam Siri 2/2010
Skip navigation links
Sejarah Penubuhan
Senarai Bekas Pengerusi
Tujuan Puspanita
Logo Dan Definisi
Perutusan 2010
Perutusan 2009
Perutusan 2008
Perutusan 2007
Carta
Perlembagaan
Lagu Puspanita
Senarai AJK
Keahlian
Koleksi Ucapan
Aktiviti 2011
Aktiviti 2010
Aktiviti 2009
Aktiviti 2008
Aktiviti 2007
Aktiviti 2006
Aktiviti 2005
Teks Ucapan Perasmian Program Kembara Alam Siri 2/2010
 

TEKS UCAPAN PERASMIAN

PROGRAM KEMBARA ALAM DAN SUKANEKA PUSPANITA NRE

 DI TAMAN NEGARA PAHANG, SUNGAI RELAU, MERAPOH

PADA 18-20 JUN 2010

OLEH

YANG BERBAHAGIA DATIN SHAHRIAH BT. MD. KHALID

PENGERUSI PUSPANITA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

 

 

Yang Berbahagia Datin Hajah Azlina bt Dato’ Ibrahim

Timbalan Pengerusi Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Yang Berbahagia Datin-datin, dan

Pengerusi Puspanita Agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ; dan

Puan-puan sekalian.

 

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia,

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk melancarkan Program Sukaneka Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

2. Saya berasa sangat berbangga dan mengucapkan syabas kepada ahli jawatankuasa Puspanita NRE kerana pada tahun ini kita telah berjaya mengadakan dua siri Kembara Alam. Kalau puan-puan masih ingat pada 24-25 April yang lalu Puspanita NRE telah mengadakan Kembara Alam Sekitar ke Cameron Highlands dimana kita telah berjaya melakukan gotong royong membersih kawasan sekitar laluan di antara Gunung Lumut dan Menara Telekomunikasi TM di Puncak Gunung Brinchang dan menanam pokok di tempat letak kereta di kaki Gunung Lumut.

3. Saya amat berharap aktiviti menanam pokok yang telah kita jalankan tempoh hari telah menjadi pendorong kepada kita untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mesra alam yang lain pada masa ini dan masa akan datang. Penanaman pokok-pokok yang teduh dan rendang bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Inisiatif sedemikian akan menyumbangkan kepada usaha-usaha sejagat dalam pengurangan kesan pemanasan global. Bagi tujuan ini, saya difahamkan bahawa NRE sedang giat untuk menjalankan kempen menanam 26 juta pokok, ataupun bersamaan dengan satu pokok untuk seorang rakyat.

Datin-datin dan puan-puan yang saya hormati,

4. Sebagaimana yang kita semua tahu, NRE sedang dalam usaha untuk menggalakkan rakyat untuk mencintai alam sekitar. Dalam hubungan ini, salah satu strategi  berkesan ialah meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan di kalangan masyarakat. Ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ianya menajdi penentu kearah amalan gaya hidup mesra alam. Hasrat kerajaan untuk menangani pelbagai isu alam sekitar tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan sokongan semua lapisan masyarakat. Oleh itu Puspanita NRE harus selari dengan Kementerian NRE untuk sentiasa menggalakkan aktiviti bertemakan alam sekitar dijalankan. Ini dapat menjadi contoh kepada anak-anak terutamanya yang masih dibangku sekolah untuk mencintai alam sekitar seterusnya melahirkan generasi masa depan yang mesra alam.

6. Saya harap aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena Program Kembara Alam NRE siri kedua ini dapat menyuntik perasaan cintakan alam sekitar dalam jiwa dan sanubari ahli Puspanita. Disamping itu, penganjuran sukaneka dan aktiviti-aktiviti kembara yang akan kita sama-sama jayakan dapat melahirkan semangat muhibbah diantara warga Puspanita di bawah NRE.

Dengan ini, dengan lafaz bismillahirrahmanirahim saya dengan sukacitanya merasmikan program sukaneka Puspanita NRE.