Skip navigation links
Lists
Sejarah Penubuhan
Senarai Bekas Pengerusi
Tujuan Puspanita
Logo Dan Definisi
Perutusan 2010
Perutusan 2009
Perutusan 2008
Perutusan 2007
Carta
Perlembagaan
Lagu Puspanita
Senarai AJK
Keahlian
Yuran Keahlian
Koleksi Ucapan
Aktiviti 2011
Aktiviti 2010
Aktiviti 2009
Aktiviti 2008
Aktiviti 2007
Aktiviti 2006
Aktiviti 2005

 

..:: PERUTUSAN PENGERUSI ::..



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA yang dihormati lagi di kasihi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web PUSPANITA Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. 

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di pelbagai peringkat. Kajayaan Puspanita NRE hari ini adalah hasil daripada usaha gigih, saling membantu dan berganding bahu, dedikasi dan komitmen daripada semua pihak. Saya yakin dengan adanya semangat 'team work' di kalangan semua, segala perancangan dan usaha akan mudah dicapai dan direalisasikan.

Semoga pada masa hadapan mulai tahun 2010 ini, Puspanita NRE akan terus berkembang maju dan menempa kejayaan dalam apa jua bidang. Justeru, marilah kita sama-sama berusaha memajukan diri dengan menjadikan pembelajaran berterusan sebagai agenda hidup dan sentiasa mengenal pasti keperluan-keperluan pembelajaran masing-masing melalui interaksi dan penyertaan dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan ~ 'Be empowered by knowledge'.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan pelbagai prgram yang telah dan akan dianjurkan oleh Puspanita NRE. Tidak ketinggalan juga saya dengan berbesar hatinya mengucapkan 'Selamat Hari Wanita Sedunia' yang diraikan setiap 8 Mac kepada semua. "WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT". 

Datin Shahriah Bt. Md. Khalid
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar