Sign In

e-Penyertaan / Suara Anda

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengalu-alukan penglibatan anda dalam memainkan peranan membentuk dasar-dasar awam Pengurusan Sumber Asli & Pemuliharaan Alam Sekitar serta penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Kementerian ini. Pandangan/ Cadangan / Maklum Balas anda didengari dengan mengambil bahagian dalam rundingan awam serta pelbagai aktiviti yang dijalankan. Untuk penyertaan, sila semak Senarai dan Kalendar Aktiviti atau Sesi Konsultasi seperti di bawah.

Setiap aktiviti yang telah tamat/tutup juga disediakan paparan keputusan dan hasil daripada penglibatan/ konsultasi dan penyertaan awam yang telah jalankan oleh Kementerian ini bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan NRE. Maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam yang telah diambil tindakan juga telah dipaparkan di ruangan Maklum Balas / Pertanyaan

Senarai Aktiviti Kalendar Aktiviti

Carian Aktiviti

Carian Tarikh
Select a date from the calendar.
Status
Browse
Apply Filters
  
  
Keterangan
  
Bahasa
  
  
  
e-Consultation
e-Decision Making
  
28Permohonan Kelulusan Organisma Diubah Suai Yang Hidup

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan yang dipohon oleh DuPont Malaysia Sdn. Bhd. on behalf of Pioneer Hi-Bred International, Inc. untuk melepaskan organisma diubahsuai yang hidup bagi tujuan makanan, makanan haiwan dan pemprosesan.

 

1. Kacang Soya 305423

Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/33

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Public Consultation. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my.

Faks: 03-88904935

 

Tarikh tutup serahan adalah pada 17 Februari 2017.

TutupMalay25/01/2017 0:0017/02/2017 0:00
25/01/2017 15:17
29Permohonan Kelulusan Organisma Diubah Suai Yang Hidup

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan yang dipohon oleh Dow AgroSciences (M) Sdn Bhd untuk melepaskan organisma diubahsuai yang hidup bagi tujuan makanan, makanan haiwan dan pemprosesan.

 

1. Jagung 42078

Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/34

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Public Consultation. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my.

Faks: 03-88904935

 

Tarikh tutup serahan adalah pada 09 Februari 2017.

TutupMalay27/01/2017 0:0009/02/2017 0:00
27/01/2017 8:56
24Permohonan Kelulusan Organisma Diubah Suai Yang Hidup

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan yang dipohon oleh Syngenta Crop Protection Sdn. Bhd untuk melepaskan organisma diubahsuai yang hidup bagi tujuan makanan, makanan haiwan dan pemprosesan.

 

1. Jagung Event MZHG0JG

Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/35

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Public Consultation. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my.

Faks: 03-88904935

 

Tarikh tutup serahan adalah pada 12 Januari 2017.

TutupMalay16/12/2016 0:0012/01/2017 0:00
16/12/2016 13:32
27Hari Bertemu Pelanggan NRE

slide-3en.jpg

TutupMalay30/12/2016 0:0030/12/2016 0:00
29/12/2016 16:28
25Hari Bertemu Pelanggan NRETutupMalay21/12/2016 9:3021/12/2016 16:00

HBP4.JPG

28/12/2016 12:56
23Permohonan kelulusan organisma diubahsuai yang hidup

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan yang dipohon oleh Bayer Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk melepaskan organisma diubahsuai yang hidup bagi tujuan makanan, makanan haiwan dan pemprosesan.

1. Kapas Event T304-40

    Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/30

2. Kapas Event LL Cotton 25

    Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/31

3. Kapas Event GHB119

    Nombor Rujukan LBK: JBK(S)602-1/1/32

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Public Consultation. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my.

Faks: 03-88904935

Tarikh tutup serahan adalah pada 8 November 2016.

TutupMalay11/10/2016 0:0008/11/2016 0:00
11/10/2016 16:29
20Malaysia User Satisfaction Evaluation 2016

​Kongsi Pandangan Anda Ke Arah Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Yang Terbaik

muse2016 

Klik di sini untuk mulakan kaji selidik

TutupMalay15/06/2016 0:0030/09/2016 0:00

​Pelaksanaan MUSE di NRE - Slot Tapak Pameran Program ICT

​Laporan Hasil MUSE NRE disediakan oleh MDeC

 
21/06/2016 9:49
22Hari Bertemu Pelanggan NRE

HBPNRE

TutupMalay24/08/2016 10:0024/08/2016 16:00

Ruangan Facebook Hari Bertemu Pelanggan​ sebagai Platform Konsultasi

FB

 

30/08/2016 14:15
21Conference of the Parties (COP-12) to The Asean Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) Ke-12

slidercop12.jpg

Malaysia (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ke-12 Conference of The Parties (COP) To The Asean Agreement on Transboundary Haze Pollution yang akan diadakan pada 10 dan 11 Ogos 2016 di Kuala Lumpur. Mesyuarat COP-12 merupakan mesyuarat berjadual yang diadakan setiap tahun dan bakal dihadiri oleh Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN serta pegawai kanan.

TutupMalay, English10/08/2016 0:0011/08/2016 23:55

Persidangan dan Mesyuarat ini merupakan platform untuk membincangkan situasi jerebu merentas sempadan serta meminimumkan kejadian jerebu merentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara Negara. Menteri-Menteri Alam Sekitar dari negara ASEAN yang hadir akan berbincang dan memuktamadkan hala tuju dasar, program dan aktiviti alam sekitar serantau yang memerlukan penglibatan dan komitmen setiap negara anggota.

Ketua Setiausaha NRE, YBhg. Dato' Sri Azizan bin Ahmad mempengerusikan Mesyuarat ke-12 The Committee (COM-12) Under The...

​Hasil Persidangan dan Mesyuarat:           

Posted by Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - NRE on Thursday, 11 August 2016

ASEAN perlu utamakan tujuh perancangan atasi jerebu

12 Ogos 2016 1:02 AM

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadikan tujuh perancangan dalam Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) sebagai ke­utamaan tinggi untuk secara berkesan menangani masalah jerebu menerusi persediaan lebih baik.

Ini kerana kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sesetengah perancangan dalam perjanjian itu yang dibentuk sejak 2002 tidak diaktifkan lagi akibat kekurangan sumber menyebabkan langkah pencegahan pencemaran itu kurang efektif.

Menurut beliau, Pusat Koordinasi ASEAN (ACC) perlu diba­ngunkan untuk memudahkan kerjasama dan koordinasi antara pihak-pihak yang terlibat bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar itu.

Beliau menjelaskan, pemba­ngunan pusat itu antara tujuh perancangan berkenaan selain menerokai kerjasama antarabangsa bagi memastikan so­kongan kewangan mapan terhadap Dana Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

“Mengambil tahun 2015 sebagai mercu tanda pengalaman paling buruk insiden jerebu di wilayah ini, kita perlu berwaspada dan mengambil tindakan konkrit ter­utama berkaitan usaha menghalang dan mengurangkan jerebu.

“Marilah kita jangan sekadar menggambarkan isu berkenaan, tetapi turut memfokus kepada penyelesaiannya dan menggalak antara satu sama lain dalam mencapai pelan kebangsaan kita dan sasaran menghapuskan masalah jerebu rentas sempadan,” kata Ahmad Zahid berucap merasmikan Persidangan Pihak-pihak Perjan­jian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Ke-12 (AATHP COP-12) di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Agung ASEAN, Lee Luong Minh serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Ne­geri berkata, semua pihak harus berhati-hati dan mengambil tindakan konkrit terhadap usaha pencegahan dan mitigasi supaya lebih bersedia sekiranya berlaku keadaan cuaca buruk pada tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata, masing-ma­sing tidak boleh berpuas hati de­ngan segala inisiatif yang digariskan kerana kejadian pencemaran terburuk itu telah memberi kesan kepada jutaan penduduk di kebanyakan negara ASEAN.

“Tempoh jerebu yang berlaku sepanjang Ogos hingga Oktober tahun lalu berpunca daripada pembakaran hutan dan tanah secara besar-besaran dan tidak terkawal akibat kemarau teruk dan kesan fenomena El Nino,” katanya.

 - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/asean-perlu-utamakan-tujuh-perancangan-atasi-jerebu-1.369481#sthash.a4nFKjLk.JwrIPgAv.dpuf

 

 

11/08/2016 10:09
18Call for Papers : Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke 7 2016

NGISSimposium Maklumat Geospatial Kebangsaan atau dikenali sebagai ‘National Geospatial Information Symposium’ (NGIS) adalah merupakan aktiviti dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Simposium ini diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Simposium ini merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial. Tahun ini merupakan penganjuran NGIS kali ke tujuh(7) yang bertemakan "Merakyatkan Geospatial ke Arah Kesejahteraan". 

Tarikh:  8 & 9 Ogos 2016

Tempat: PICC PUTRAJAYA

Anjuran: Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar  (NRE)

Tema Persidangan: Merakyatkan Geospatial ke arah Kesejahteraan

Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak: 15 Mei 2016 

Tarikh Penerimaan Kertas Kerja Lengkap: 30 Jun 2016

OBJEKTIF PERSIDANGAN:

  • Menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan maklumat geospatial terkini
  • Merealisasikan misi kerajaan kearah kecemerlangan pengurusan maklumat geospatial dalam pelbagai sektor

Sasaran Pembentang:

Pembentang kertas adalah terdiri daripada kalangan:

  1. Agensi Kerajaan
  2. Agensi Swasta
  3. Universiti Awam
  4. IPT

TARIKH PENTING

Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak : 15 Mei 2016

Tarikh Penerimaan Kertas Kerja Lengkap : 30  Jun 2016

Tarikh Persidangan : 8 & 9 OGOS 2016

Tempat Persidangan: PICC, PUTRAJAYA

______________________________________________________________________

Garispanduan Permohonan Abstrak:

  • Mengemukakan biografi dan pengalaman pembentang
  • Abstrak boleh dalam bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Abstrak adalah terhad kepada 150 patah perkataan 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  1. Puan Nor Hayati bt Abdullah (03-88861218)
  2. Puan Fauzani binti Azam (03-88861225)
TutupMalay, English08/08/2016 0:0009/08/2016 0:00

Simposium dwi tahunan anjuran Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ini diadakan sebagai forum perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial di kalangan agensi kerajan dan swasta di Malaysia. Simposium ini juga merupakan salah satu usaha NRE ke arah memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menggunakan teknologi geospatial.

NGIS7 NGIS7
NGIS7NGIS7

Senarai Kertas pembentangkan NGIS ke 7

http://ngis.mygeoportal.gov.my/node/348

01/04/2016 16:51
19Hari Bertemu Pelanggan NRE

HBPNRE

TutupMalay10/05/2016 9:0010/05/2016 3:30

Ruangan Facebook Hari Bertemu Pelanggan​ sebagai Platform KonsultasiFacebook HBP

Hasil daripada Konsultasi Melalui Facebook Hari Bertemu Pelanggan :

e-Decision Making 2 

e-Decision Making 2 

11/05/2016 9:51
13Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan yang dipohon oleh DuPont Malaysia Sdn. Bhd. untuk melepaskan Jagung DAS-59122-7 organisma diubahsuai yang hidup bagi tujuan makanan, makanan haiwan dan pemprosesan.

Nombor Rujukan LBK: JBK(S) 602-1/1/27.

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Public Consultation. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my.

Faks: 03-88904935

 

Tarikh tutup serahan adalah pada 2 Disember 2015.

Dupont_bm.jpg 

TutupMalay12/11/2015 0:0002/12/2015 0:00
29/03/2016 15:33
16Kajian Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kajian ini dilakukan bertujuan mengumpul maklumat mengenai pendapat dan penilaian pengguna terhadap Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
 
TutupMalay, English23/06/2015 0:0023/09/2015 0:00
Infografik di bawah Menunjukkan Analisa Kajian Soal Selidik Berkaitan Portal Rasmi NRE bagi Tahun 2015
 

Kajian Portal 

​Hasil Kajian Soal Selidik Berkaitan Portal Rasmi NRE bagi Tahun 2015:

Cadangan / Maklum Balas yang telah diberikan oleh reponden telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kerja Laman Web NRE dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web NRE. Perancangan penambahbaikan dengan mengambil kira semua cadangan / maklum balas yang bersesuaian akan dilaksanakan pada tahun ini dan sebagai Sasaran Kerja Tahun (SKT) 2016.

31/03/2016 16:48
11Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025

PERMOHON MAKLUM BALAS MENGENAI

DRAF AKHIR DASAR KEPELBAGAIAN BIOLOGI KEBANGSAAN 2016-2025

____________________________________________________________________________________________

Penggubalan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016-2025 adalah bagi menentukan hala tuju dan bertindak sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan termasuk kerajaan Negeri mengenai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di negara ini. 

Dasar itu adalah sekadar garis panduan ke arah pemuliharaan biologi. Tanpa pembabitan dan kesungguhan pihak-pihak yang berkenaan, dasar ini akan  hanya akan tinggal dasar. Dalam hubungan ini, penglibatan semua pihak adalah amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya. Ini kerana isu biodiversiti merupakan isu yang kompleks dan merentas sektor yang memerlukan pendekatan yang lebih sofistikated dan holistik.

Selaras dengan ini, Kementerian ini telah mengadakan beberapa siri mesyuarat kumpulan fokus, bengkel konsultasi dan hebahan seranta awam bagi mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan termasuklah pihak kerajaan negeri, institusi pendidikan tinggi, badan bukan kerajaan dan industri sejak bulan Mac 2014 lagi. Kementerian ini ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas penglibatan dan maklum balas yang dikemukakan oleh semua pihak.

Penganjuran mesyuarat dan bengkel konsultasi ini bukan sahaja bertujuan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan mengenai draf DKBK tetapi juga meningkatkan kapasiti mereka berkaitan biodiversiti dan mendapatkan sokongan serta komitmen dalam pengurusan dan konservasi biodiversiti. Tanggungjawab dalam memelihara dan memulihara biodiversiti bukan sahaja merupakan tanggungjawab NRE tetapi juga semua pihak selaras dengan slogan MyBioD; My Life, My Heritage and My Future.

Justeru itu, Kementerian ini ingin mendapatkan maklum balas akhir mengenai draf akhir DKBK 2016-2025. Draf ini boleh didapati di laman web Kementerian di www.nre.gov.my dan laman web Mekanisme Pusat Penjelasan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan di www.chm.frim.gov.my dari 11 – 21 Ogos 2015 untuk komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak yang berkepentingan dari aspek substance. Maklum balas mengenai draf akhir ini boleh ditujukan kepada biodiversity.nre@1govuc.gov.my atau gbm@ere.com.my sehingga 21 Ogos 2015 menggunakan borang maklum balas yang disediakan.

Muat Turun Dokumen

Klik Di Sini : Maklum Balas Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016 - 2025

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Ogos 2015

 

TutupMalay11/08/2015 0:0021/08/2015 0:00

MESYUARAT DAN BENGKEL KONSULTASI YANG TELAH DIADAKAN

BIL. PROGRAM TARIKH
1.  Hebahan seranta awam DKBK di laman web NRE dan diedarkan kepada pihak berkepentingan untuk maklumbalas siri 211- 21 Ogos 2015
2.  Perbincangan mengenai Agensi Pelaksana Utama dan Pelaksana Bersama Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 bersama MOF dan EPU24 Ogos 2015
3.  Mesyuarat National Steering Committee (NSC) bagi Projek National Biodiversity Planning To Support The Implementation of The CBD 2011-2020 Strategic Plan In Malaysia Bilangan 2 Tahun 20153 September 2015

Hasil Maklum Balas Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

(DKBK) 2016 - 2025​

National Policy 

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2016 - 2025

29/03/2016 15:33
10Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015-2020

Draf Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2015-2020

_____________________________________________________________

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) menentukan hala tuju dan bertindak sebagai panduan kepada semua agensi kerajaan termasuk kerajaan Negeri mengenai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti di negara ini.  

Dalam memenuhi obligasi Negara sebagai ahli kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menggubal DKBK pada tahun 1998. Seiring dengan peredaran masa, isu-isu berkaitan biodiversiti turut menjadi semakin dinamik di mana pengurusannya memerlukan pendekatan yang lebih sofistikated dan holistik. 

Selaras dengan itu, NRE melalui perunding yang dilantik sedang mengkaji semula DKBK 1998. Di bawah kajian semula ini, satu draf dasar yang baru telah dibentuk iaitu DKBK 2015-2020 yang mengandungi matlamat, sasaran dan pelan tindakan biodiversiti kebangsaan yang mengambil kira isu semasa berkaitan biodiversiti dan kepentingan biodiversiti negara di samping mengambil kira Pelan Strategik Biodiversiti Antarabangsa 2011-2020 dan Aichi Biodiversity Targets yang diterima pakai di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD). Kajian semula ini dilaksanakan di bawah projek National Biodiversity Planning to Support the Implementation of the CBD 2011-2020 Strategic Plan in Malaysia atau ringkasnya NBSAP

Draf DKBK 2015-2020 ini telah ditambah baik hasil daripada pandangan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan semasa siri bengkel konsultasi dan perbincangan yang telah dijalankan sejak April 2014. NRE ingin merakamkan penghargaan di atas sokongan dan maklum balas daripada semua pihak yang terlibat.  

Draf terkini DKBK 2015-2020 boleh didapati di laman web Kementerian di www.nre.gov.my dan laman web Mekanisme Pusat Penjelasan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan di www.chm.frim.gov.my​ dari 12 Jun sehingga 25 Jun 2015 untuk komen, pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak yang berkepentingan. Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada josephine.nre@1govuc.gov.my / gbm@ere.com.my sehingga 25 Jun 2015 menggunakan borang maklum balas.​

Klik Di Sini : Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2015 - 2020​

Klik Di Sini : Maklum Balas Draf Terkini Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2015 - 2020

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Jun 2015

TutupMalay12/06/2015 0:0025/06/2015 0:00
29/03/2016 15:33
9Government of Malaysia – UNDP-GEF Project on Biodiversity Conservation in Multiple-Use Forest Landscapes in Sabah

Government of Malaysia – UNDP-GEF Project on

Biodiversity Conservation in Multiple-Use Forest Landscapes in Sabah, Malaysia.

CALL FOR PROPOSAL

 

The Sabah Forestry Department is looking for interested Consortium or Company to provide the following relevant Consultants/Specialists/Experts, for the above mentioned project:

 

International Consultants/Specialists/Experts on:

  1. Economic Landscape Modeler (IC-2)
  2. Environmental Economist (IC-3)
  3. Development of International Policy Options and Mechanisms for Payments for Ecosystem Services (PES) (SC-3)

Local Consultants/Specialists/Experts on:

  1. Institutional / Capacity Building Specialist (LC-1)
  2. Bio-physical Data Specialist (LC-2)
  3. Financial Data Management Specialist (LC-4)
  4. Development of State-level Policy Options and Mechanisms for Payments for Ecosystem Services (PES) (SC-2)

Project Background:

The Project is located at Kalabakan Forest Reserve (Partly) and Gunung Rara Forest Reserve (Partly), which is part of Yayasan Sabah's Sustainable Forest Management Licence Agreement (SFMLA) area. The 261,264 ha project landscape forms an important connecting landmass to three renowned protected areas in Sabah; the Maliau Basin Conservation Area, the Danum Valley Conservation Areas, and the Imbak Canyon Conservation Areas. The project landscape constitutes a connecting landscape that is utilized for conservation, forest rehabilitation, timber production and industrial tree plantation, including palm oil.  This land-use mix is an emerging trend in the forest reserves of Sabah driven by: (i) the comparative disadvantage in crop gestation periods between growing trees and agriculture crops, (ii) low rent capture, and: (iii) incoherent enforcement associated with a lack of expertise in multiple-use forest landscapes. Under a business-as-usual scenario, the above protected areas will become increasingly vulnerable to fire during prolonged droughts potentially from the surrounding degraded forests.

The objective of the project is to bring the land-uses in the connecting landscape and protected areas under a common and integrated management umbrella strategy in order to mainstream biodiversity, ecosystem functions and resilience, while enabling ongoing sustainable uses. The project will meet this objective by achieving three interconnected outcomes: (1) provisioning of an enabling environment for optimized multiple use planning, financing, management and protection of forest landscapes; (2) demonstration of multiple-use forest landscape planning and management system, and (3) demonstration of innovative sustainable financing methods for multiple-use forest landscape management. Assistance provided by GEF will strengthen the conservation of the largest area of mostly contiguous forest in Sabah, and one of the most important remaining forest landscapes in the Heart of Borneo. The project is expected to serve as a model to draw lessons learnt in best practices for replication in other forest landscapes within Sabah and in other parts of Malaysia and the Heart of Borneo.

The full Terms of Reference(s) for the consultancies are available for download (www.forest.sabah.gov.my/undpgefproject). Interested parties are strongly advice to study the Project Document and relevant documents which are also available for download in the website.  

Please submit your proposal together with a detailed company/organization profile [to include areas of expertise and experience, examples of relevant ongoing and past consultancies, services provided, staff capacity and resume/curriculum-vitae of the Specialists/Experts] and expected fees to:

 

Project Manager

UNDP-GEF Project Office

Sabah Forestry Department

Locked Bag No. 68

90009 Sandakan

Sabah, Malaysia.

Deadline for applications: 31st May, 2015 (Sunday).

Only shortlisted applicants will be notified.

Should you have any enquiry, please e-mail to Mr. Jeflus Sinajin at jeflusinajin@gmail.com or Ms. Lee Ka Han at ka.han.lee@undp.org.

TutupMalay, English05/05/2015 0:0031/05/2015 0:00
29/03/2016 15:33
7Kajian Need Analysis yang dibangunkan bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan NRE untuk Program Transformasi NRE.

​Kajian Need Analysis yang dibangunkan bagi tujuan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan NRE untuk Program Transformasi NRE.

Sila klik di sini​
​​

TutupMalay20/04/2015 0:0026/04/2015 0:00
29/03/2016 15:33
5Rundingan Awam Kepada Agensi Kerajaan Dan Badan Bukan Kerajaan Bagi Cadangan Pindaan KTN, APT DAN AHS pada 16 April 2015

​RUNDINGAN AWAM

CADANGAN PINDAAN
  1. Kanun Tanah Negara
  2. Akta Hakmilik Strata 1985 dan
  3. AKta Pengambilan Tanah 1960

Tarikh : 16 April 2015 (KHAMIS)

Masa : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat : Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa Cheras

TutupMalay16/04/2015 9:0016/04/2015 16:00
29/03/2016 15:33
4Jemputan untuk memberi pandangan permohonan kelulusan untuk pembekalan atau tawaran untuk membekalkan produk Mousticide RH dan Mousticide WP. (Pandangan/komen ditutup pada 11 Februari 2015)
Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) mengalu-alukan pandangan/ komen daripada orang awam mengenai permohonan kelulusan untuk mengimport technical grade active ingredient (TGAI) bagi Tripsin Modulating Oostatic Factor (TMOF_yis) dari India dan produk akhir mengandungi TMOF_yis (Pichia pastoris yang telah diubah suai secara genetik) dari Filipina bagi tujuan pembekalan atau tawaran untuk membekalkan/menjual produk MOUSTICIDE Wettable Powder (WP) dan MOUSTICIDE Rice Husk (RH) di pasaran.

 

Maklumat lanjut tentang permohonan boleh di dapati daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Konsultasi/Perundingan Awam. Sila nyatakan nombor rujukan LBK apabila berhubung dalam semua surat-menyurat.

 

Segala pandangan/komen hendaklah dialamatkan ke:

Ketua Pengarah, Jabatan Biokeselamatan,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,

No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya, MALAYSIA.

Emel: biosafety@nre.gov.my. Faks: 03-88904935

Tarikh tutup serahan adalah pada 11 Februari 2015

TutupMalay14/01/2015 0:0011/02/2015 0:00
29/03/2016 15:33
1Seranta Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai Rang Undang-undang Akses kepada Sumber-sumber Biologi dan Perkongsian Faedah

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedang dalam proses untuk memuktamadkan Draf Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah (RUU ABS). Langkah ini adalah selaras dengan usaha negara untuk melaksanakan objektif ketiga Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang mempromosikan perkongsian faedah yang adil dan saksama hasil daripada penggunaan sumber biologi.  RUU ABS ini bertujuan untuk meregulasi aktiviti  bioprospecting di Malaysia bagi memastikan faedah yang terhasil daripda penggunaan sumber biologi dapat dikongsi secara adil dan saksama. Selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2012 mengenai Seranta Awam Atas Talian (online public engagement) mengenai cadangan Undang-undang baru/pindaan undang-undang,  RUU ABS ini dipaparkan di laman web Kementerian dari 14 - 31 Januari 2015 untuk pandangan dan cadangan awam.  Tarikh tutup untuk mengemukakan maklumbalas kepada pihak Kementerian ini ialah pada 31 Januari 2015 jam 6.00 petang. Sebarang maklum balas untuk RUU ABS ini boleh dikemukakan kepada alamat e-mel berikut: therese.nre@1govuc.gov.my dan noorhaliza.nre@1govuc.gov.my

Terima Kasih.

Sila klik Draf RUU ABS dan Borang Maklum Balas untuk dimuat turun.

TutupMalay14/01/2015 0:0031/01/2015 0:00
29/03/2016 15:33
< Jun 2017 >
 Isn  Sel  Rab  Kha  Jum  Sab  Ahd 
 29 
 30 
 31 
 1 
 2 
 3 
 4 
 5 
 6 
 7 
 8 
 9 
 10 
 11 
 12 
 13 
 14 
 15 
 16 
 17 
 18 
 19 
 20 
 21 
 22 
 23 
 24 
 25 
 26 
 27 
 28 
 29 
 30 
 1 
 2