Sign In

Tanah

Pengenalan

Definisi Tanah Sambungan>>>
Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara:-
  • Permukaan bumi dan semua benda yang menjadi permukaan bumi tersebut;
  • Bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya;
  • Segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
  • Segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi; dan
  • Tanah yang dilitupi air.
 
Tanah boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu: tanah milik (tanah yang mempunyai hakmilik berdaftar), tanah lombong (tanah yang diberi pajakan lombong), tanah rizab (tanah yang dirizabkan untuk maksud awam di bawah Seksyen 62 KTN), tanah rizab hutan (tanah rizab yang diwarta di bawah Akta Perhutanan 1984) dan tanah kerajaan (semua tanah dalam negeri selain dari tanah rizab, tanah milik dan tanah rizab hutan). 
 
Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9, Senarai 2, menyatakan bahawa segala hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 KTN memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara sebagai forum untuk penyeragaman dasar-dasar untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Ini selaras dengan hasrat 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ supaya segala tindakan atau pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri akan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua rakyat di seluruh Negara.



Jawatankuasa

Penyelidikan dan Pembangunan