Sign In

Mineral dan Geosains

Pengenalan

Mineral Geosains
Mineral ditakrifkan sebagai sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Mineral bukan hanya terhad kepada komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga strukturnya. Komposisi mineral dibezakan daripada unsur tulen dan garam ringkas kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui. Berdasarkan penyelidikan JMG, negara ini mempunyai rizab mineral yang signifikan bagi pembangunan industri mineral di negara kita. Malaysia di peringkat antarabangsa terlibat dalam AMMin, ASOMM, APEC dan CCOP. Aktiviti yang dijalankan di bawah fora ini antara lain adalah perkongsian maklumat, penyelidikan dan pembangunan industri mineral dan pembangunan modal insan.
Geosains dikenalpasti sebagai satu bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan sains bumi. Geosains merangkumi bidang-bidang seperti kejuruteraan geologi, geofizik, hidrogeologi, geologi alam sekitar, geologi warisan, geologi marin, geologi petroleum dan kimia bumi. Geosains melibatkan penyelidikan saintifik Bumi, termasuk komposisi, sifat-sifat fizikal, struktur, evolusi, sejarah tektonik dan sumber asli (sumber geologi) yang terkandung di dalamnya. Penyiasatan dan penyelidikan geosains yang menjurus ke arah memahami asal usul dan pengagihan sumber, sifat dan evolusi kompleks landskap bumi dan pelbagai perubahan alam sekitar dan iklim yang mempengaruhi setiap hidupan di bumi. Aktiviti geosains antara lain termasuk pemetaan geologi, hidrogeologi atau kajian air bawah tanah, geologi kejuruteraan, geologi alam sekitar dan geologi warisan.

Jawatankuasa


 

Penerbitan

Perkhidmatan

Penyelidikan dan Pembangunan

Pautan Berkaitan

Malaysia Jepun UNDP Jerman Negara-Negara CCOP Lain-Lain Negara