PEMBERITAHUAN : Sistem APIMS dalam Penyelenggaraan & Penambahbaikan

Dimaklumkan bahawa laman web Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS) http://apims.doe.gov.my/v2 dan aplikasi telefon pintar MyIPU yang memaparkan status kualiti udara dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak dapat dilayari buat masa ini kerana Rangkaian Stesen Pengawasan Kualiti Udara Negara sedang menjalani proses naik taraf ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian kepada orang awam. Sistem akan kembali beroperasi ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, orang awam bolehlah menghubungi help desk yang berkenaan di talian 03 – 8871 2350 atau 03 – 8871 2321. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian terima kasih. 

 

JABATAN ALAM SEKITAR

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

17 APRIL 2017

 

Attachments
Created at 18/04/2017 9:27 by Suhairina binti Sudirman
Last modified at 18/04/2017 9:31 by Suhairina binti Sudirman