PENGENALAN


Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di mana setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar dan undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan. Bagi memastikan pelaksanaan polisi dan program perhutanan dapat diselaraskan, Majlis Tanah Negara telah diwujudkan sebagai platform kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membincang perkara-perkara berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia.
 
Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok sepertimana komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
 
Jenis-Jenis Hutan
JenisHutan.png 
 
Amalan Pengurusan Hutan 
 
Malaysia adalah komited kepada pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Malaysia memberikan penekanan seimbang dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi dan pemeliharaan sumber aslinya sebagaimana yang termaktub di dalam objektif Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk:
  1. Memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan; dan
  2. Melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan penyelidikandan pendidikan.​
Bagi memastikan bekalan kayu kayan negara mencukupi, kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan dengan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Hutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) tutur dilaksanakan bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal. Pematuhan CTT di negeri-negeri dilaporkan kepada Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 

JAWATANKUASA

    • Majlis Perhutanan Negara
    • Kumpulan Kerja Pakar Mengenai Inisiatif Heart of Borneo
    • Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negara
    • Jawatankuasa Kebangsaan CITES
    • Jawatankuasa Kebangsaan Inventori Biodiversiti
    • Pasukan Petugas Khas Peringkat Nasional bagi Menangani Isu Pembalakan Haram


DASAR & PERUNDANGAN


DASAR

JPSM

    • Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992)

PERUNDANGAN

JPSM

    • Dasar Undang-Undang
    • Dasar Pemahaman Akta 

Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan 

    • Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993)
    • Akta Lembaga Penyelidikan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB) 1985
    • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008


PERKHIDMATAN


JPSM

    • Perlesenan (Pengeluaran Hasil)
    • Perlesenan (Industri Kayu)
    • Harga Kayu Balak
    • Hari Bersama Pelanggan
    • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)


PENERBITAN

JPSM

    • Risalah
    • Buletin JPSM
    • Panduan
    • Buku Terbitan
    • Laporan Tahunan
    • Majutan

FRIM

    • Journal of Tropical Forest Science (JTFS)
    • Buku
    • Bukan Jurnal

PAUTAN BERKAITAN

    • United Nations Forum on Forest (UNFF)
    • Food and Agriculture Organization (FAO)
    • ASEAN Social Forestry Network (ASFN)
    • Convention on International Trading Endangered Species (CITES)
    • Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
    • Jabatan Hutan Sarawak
    • Jabatan Perhutanan Sabah
    • Malaysia Timber Council (MTC)
    • Malaysian Timber Certification Council, Malaysia (MTCC)
    • Malaysian Centre For Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI)
    • Malaysian Timber Industry Board (MTIB)
    • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    • CITES
    • International Tropical Timber Organisation (ITTO)
    • Ramsar Convention on Wetlands
    • UN/ECE Timber Committee
    • World Forest Institute
    • The World Conservation Union (IUCN)
    • International Institute of Tropical Forestry (IITF)
    • The International Institute For Sustainable Development (IISD)
    • Food And Agricultural Organization Of The United Nation