PENGENALAN


United Nation Earth Summit pada tahun 1992 telah mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau “biodiversiti” sebagai " kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.

Lihat sahaja pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan berbunga, pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta habitat mereka yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air yang kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita pakai, semuanya datang daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta perkhidmatan daripada alam semula jadi yang membantu mengekalkan kehidupan di bumi. Semua kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem membentuk jaringan kehidupan yang bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai konsep biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti. Saintis pula berpendapat bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.​

 
Kemandirian Manusia Sejagat
Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup. 

Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan
Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.

Riadah dan Nilai Kebudayaan
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.

Menyokong Kehidupan
Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.

JAWATANKUASA


JTLM
    • National Advisory Council for Marine Parks and Marine Reserve
    • Marine Park Trust Committee and Marine Reserve​
JBK
 
    • Genetic Modification Advisory Committee
    • National Biosafety Board (NBB)​
BBP
    • National Biodiversity Council (Majlis Biodiversiti Negara - MBN)              
    • Biodiversity Technical Committee of the National Biotechnology
    • Genetic Modification Advisory Committee
    • Biosafety Regulations Advisory Committee
    • Core Group ABS             
    • Main Committee Wetlands Management
    • National Parks Advisory Council
    • Technical Steering Committee and the Ramsar Convention
    • National Committee of CITES​

DASAR & PERUNDANGAN


DASAR

 

PERUNDANGAN

 Perhilitan

JTLM

JBK


PERKHIDMATAN

PERHILITAN

JTLM

JBK 


PENERBITAN


​KATS-BBP

JTLM 

 

PAUTAN BERKAITAN