NRE terdiri daripada beberapa Jabatan/Agensi seperti berikut :
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dari Kementerian Perusahaan Utama, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari Kementerian Pertanian.
Bidang utama NRE adalah sebagaimana berikut :
Pengurusan Sumber Asli
a. Pengurusan hutan
b. Pengurusan saliran dan pengairan
c. Pengurusan hidupan liar
d. Pengurusan mineral
Pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan
a. Pemuliharaan alam sekitar
b. Pengurusan taman laut
Pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan
a. Pengurusan dan pentadbiran tanah
b. Pengukuran tanah
c. Prosesan pemetaan