Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Program Pengajian Tajaan NRE

PROGRAM PENGAJIAN MASTERs dan PhD RMKe-9,
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)
 
Latarbelakang Program
 
Hadiah Biasiswa NRE adalah merupakan sebahagian daripada beberapa program yang digariskan dalam Pelan Latihan Komprehensif NRE. Program ini telah diluluskan kepada NRE di bawah peruntukan pembangunan RMK-9 bagi membolehkan pegawai-pegawai penyelidik yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dalam bidang-bidang keutamaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) NRE.
 
Objektif
 
  1. Program ini bertujuan meningkatkan bilangan pegawai penyelidik yang berkelulusan Masters dan PhD di  Jabatan/Agensi NRE.
  2. Meningkatkan bilangan anggota pakar yang berperanan tenaga pengajar (pensyarah/pakar rujuk/fasilitator/jurulatih).
  3. Menjadikan NRE sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) dalam bidang-bidang yang telah ditentukan.
  4. Pemangkin dan meneruskan kelangsungan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang sumber asli dan alam sekitar.
Program Latihan
 
Peringkat program latihan sama ada di dalam atau luar negara meliputi:
 
  • Ijazah Sarjana (Masters)
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
 
Kumpulan Sasaran
 
Pegawai Penyelidik Gred Q41 dan ke atas yang bertugas di: - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) - Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
 
Prestasi Terkini Program
 
Sebanyak tiga (3) siri pengambilan telah dilaksanakan pada tahun 2007, 2008 dan 2009. Perincian mengikut jabatan, tempat dan peringkat pengajian adalah seperti jadual di bawah :
 
Jadual 1 : Pecahan Perjawatan Yang Memiliki Master dan PhD
 
 

Jadual 2 : Siri 1 (Tahun 2007)
 


Jadual 3 : Siri 2 (Tahun 2008)
 


Jadual 4 : Siri 3 (Tahun 2009)
 

 
Pelaburan Dalam Jangka Masa Panjang
 
Program ini dijangkan berupaya membangunkan modal insan yang lebih kompetitif dan berilmu dengan memberi peluang kepada lebih ramai Pegawai-pegawai Penyelidik untuk melanjutkan pengajian di peringkat Masters mahupun PhD di dalam bidang-bidang keutamaan R&D . Merupakan antara program yang menjurus kepada pembangunan sumber manusia, merangsang usaha-usaha R&D yang berkaitan dengan pengurusan sumber asli yang lebih cekap serta pemuliharaan alam sekitar yang lebih baik .
Sasaran Projek
 
Program ini dilaksanakan untuk tempoh sepuluh (10) tahun, mulai tahun 2005 sehingga tahun 2014 melalui dua (2) fasa iaitu fasa pertama dalam tempoh RMK-9 dan disambung ke fasa kedua dalam tempoh RMKe-10. Mensasarkan bilangan pegawai yang memiliki Ijazah Sarjana (Masters - 30%) dan Ijazah Doktor falsafah (PhD - 50%) dikalangan pegawai-pegawai penyelidik di jabatan / agensi bawah NRE. Sehingga kini, kementerian telah meluluskan seramai 30 orang pegawai untuk menyambung pengajian. Daripada jumlah tersebut, seramai 4 orang telah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

 

 
 
Penutup

 

Pelaksanaan Program Pengajian Masters dan PhD dijangka berupaya menyumbang kepada keberkesanan pengurusan sumber asli negara disamping membantu dalam aspek pemuliharaan alam sekitar negara.