Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Sekapur Sirih

 


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
 
Bagi pihak warga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), izinkan saya mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web Kementerian ini. Melalui laman web ini, anda akan melihat dengan lebih dekat komitmen dan tugas kami untuk melindungi serta mengekalkan alam sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar ini kita kongsi bersama dengan pelbagai stakeholders bagi meningkatkan usaha inovasi ke arah masa depan yang gemilang.
 
Saya amat berharap agar anda dapat memperoleh maklumat yang berkaitan dan berguna, memandangkan laman web ini, di bina untuk membekalkan informasi kepada orang awam dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sumber asli dan konservasi alam sekitar di Malaysia. Dalam hal ini, Kementerian ini amat komited dalam membekalkan maklumat berkaitan aktiviti kami. Ini selaras dengan perkembangan teknologi ICT yang memerlukan maklumat disebarkan dengan tepat dan cepat. Kemudahan ini harus digunakan dengan optimum untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
 
Justeru, selain memuatkan maklumat berkaitan Kementerian serta agensi di bawahnya, ia juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk mengutarakan cadangan dan pandangan kepada Kementerian bagi membaiki sistem penyampaian perkhidmatan. Pelanggan dialu-alukan untuk menghubungi kami bermula daripada kaedah biasa seperti telefon, e-mel sehinggalah penggunaan laman sosial facebook dan twitter Kementerian ini.
 
Saya yakin laman web NRE boleh dijadikan saluran komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran awal dan menyampaikan maklumat yang tepat berhubung isu-isu sumber asli dan alam sekitar. Sekiranya anda, mempunyai sebarang pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan, sila hubungi pihak kami. Harapan saya agar semua yang melayari laman web ini dapat memanfaatkan kemudahan dan informasi yang disediakan.
Selamat melayari laman web ini. 
 
 
Sekian, terima kasih. 
 
Dato' Zoal Azha bin Yusof
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
 
 
Cetak halaman ini