Skip Ribbon Commands Skip to main content
Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap Tema Oren Tema Hijau Portal Asal Tanda Halaman Ini

Mengenai NRE

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.
 
Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada 4 Kementerian iaitu : 
  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi 
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  
  • Kementerian Perusahaan Utama dan  
  • Kementerian Pertanian
Jabatan-jabatan tersebut adalah seperti berikut : 
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dari Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi 
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dari Kementerian Perusahaan Utama 
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dari Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar 
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dari Kementerian Pertanian
 
Bidang utama NRE adalah sebagaimana yang berikut : 
  
Pengurusan sumber asli   
      a. Pengurusan hutan  
      b. Pengurusan saliran dan pengairan  
      c. Pengurusan hidupan liar  
      d. Pengurusan mineral 
 
Pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar dan kawasan perlindungan  
      a. Pemuliharaan alam sekitar 
      b. Pengurusan taman laut 
 
Pengurusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan  
      a. Pengurusan dan pentadbiran tanah  
      b. Pengukuran tanah  
      c. Prosesan Pemetaan
 
 
 
 
 
 
 
Cetak halaman ini
 
Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar