
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti professional, bermutu dan bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
FUNGSI
- Unit Undang-Undang adalah bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Jabatan Peguam Negara di peringkat Kementerian/Jabatan untuk memberikan nasihat dan pandangan dalam perkara-perkara perundangan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
- Bagi menunaikan dan menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut, Unit Undang-Undang akan berfungsi dalam memberikan perkhidmatan perundangan.
- Memberikan nasihat undang-undang (Advisory matters) sama ada secara lisan atau bertulis.
- Menggubal Perundangan-Perundangan Utama (Principal Legislations) dan Subsidiari (Subsidiary Legislations) seperti menggubal (drafting matters) perundangan-perundangan yang baru, memansuhkan mana-mana perundangan yang tidak lagi relevan atau membuat pindaan kepada perundangan yang sedia ada yang di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
- Mewakili Kerajaan Malaysia, Y.B. Menteri dan Pegawai-Pegawai Awam dalam mana-mana prosiding guaman (civil litigation) oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang di bawah bidang tugas NRE atau jabatan-jabatan di bawahnya.
- Membuat semakan undang-undang (law revision) terhadap mana-mana peruntukan atau mana-mana perundangan utama dan subsidiari di bawah kawalan NRE.
- Memantau pengendalian dan pelaksanaan pendakwaan oleh Pegawai-Pegawai Pendakwa di Jabatan-Jabatan/Agensi.
Nasihat Perundangan
Memberi nasihat perundangan bertulis dalam tempoh 21 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat yang diberikan adalah lengkap.
Perjanjian/ Memorandum Persefahaman
Menyemak draf perjanjian dan draf memorandum persefahaman dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat yang diberikan adalah lengkap.
Penggubalan Rang Undang-Undang
Memberikan ulasan terhadap rang undang-undang dalam tempoh 28 hari bekerja dengan syarat isu dasar dan polisi telah diselesaikan di peringkat Kementerian / Jabatan.
CARTA ORGANISASI
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.