Skip Ribbon Commands Skip to main content
Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap Tema Oren Tema Hijau Portal Asal Tanda Halaman Ini

Unit Komunikasi Korporat

 
 
OBJEKTIF
 
Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak; 
 
Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan Kementerian yang berkesan demi mencapai objektif Kementerian secara keseluruhan. 
 
Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktivit serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video. 
 
Memastikan aduan dan cadangan orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan Kementerian diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki orang awam dan pelanggan berkenaan. 
 
Memastikan pengurusan lawatan dari dalam dan luar negara diselaraskan dengan lancar demi memberi imej yang baik kepada Kementerian. 
 
Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Kementerian diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
 
FUNGSI
  • Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat perkhidmatan NRE dan agensi;
  • Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar; dan program bersama media; 
  • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
  • Memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima melalui akhbar, surat, laman web dan yang hadir sendiri; serta aduan dari Biro Pengaduan Awam melalui Pemudah dan Warkah untuk PM; 
  • Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan dari dalam dan luar negara yang datang ke Kementerian; 
  • Merancang dan mengendali urusan mendapatkan maklum balas dan kepuasan teras perkhidmatan Kementerian daripada orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui, yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Kementerian menerusi borang kaji selidik, soalan di laman web, talian telefon dan kaunter khidmat pelanggan.

 

 

Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar