Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Unit Audit Dalam

 
OBJEKTIF
  • Membantu pihak pengurusan atasan menentukan pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi ke atas hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan.
  • Menentukan sejauh mana program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan.
  • Menyediakan laporan audit yang bebas, adil dan bertepatan dengan masa terhadap operasi organisasi kepada Ketua Setiausaha Kementerian.
 
FUNGSI
 
Fungsi utama Unit Audit Dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah:-
 
  • Menentukan operasi kewangan Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dipatuhi.
  • Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod-rekod yang diselenggara termasuk sistem teknologi maklumat.
  • Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya.
  • Melapor kepada Ketua Setiausaha Kementerian hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap pekara yang dibangkitkan.
  • Memberi maklumat kepada Bahagian Perancangan Kewangan Strategik, Perbendaharaan Malaysia apabila perlu bagi membantu, mengulang kaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop Unit Audit Dalam.
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam. 
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA). 
     
NORMA KERJA
 
Kami berikrar akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut bagi mempertingkatkan akauntabiliti di kalangan pegawai dan warga NRE / Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar :
  • Rancangan Audit Tahunan Unit Audit Dalam dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kewanagn Strategik, Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari.
  • Laporan Tahunan Unit Audit Dalam dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik, Perbendaharan Malaysian selewat-lewatnya pada 31 Mac.
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  • Pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan dan Audit Susulan disedia dan dikemukakan kepada auditi dalam tempoh 20 hari bekerja dari tarikh selesai pengauditan.
  • Pengauditan Prestasi diselesaikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh pengauditan dimulakan.
  • Pengauditan Khas diselesaikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh pengauditan dimulakan.
  •                                                                                                                                                             
     
CARTA ORGANISASI
 
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
 
 Carta Org Unit Audit Dalam