Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Sumber Air Saliran Dan Hidrologi

 
  
OBJEKTIF
 
  • Merancang dan menetapkan dasar dan hala tuju sektor sumber air negara; dan
  • Memastikan dasar dan perundangan sektor sumber air sentiasa relevan dan diuruskan secara lestari.

 

FUNGSI

  • Merangka dasar/ garis panduan/ peraturan berkaitan sumber air negara;
  • Menyediakan strategi perlaksanaan berkenaan pengurusan sumber air negara;
  • Mengurus setia Majlis Sumber Air Negara (MSAN);
  • Mengurus setia majlis/ program berkaitan sumber air;
  • Mengesan dan menilai perlaksanaan dasar dan strategi JPS dan NAHRIM; dan
  • Menyelaras pengumpulan data spatial dan geospatial bagi sektor sumber air.
 NORMA KERJA                                                                                                                                                                                       
  • Menyelaras Kertas Jemaah Menteri yang lengkap untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam tempoh dua (2) minggu;
  • Menyemak dan mengemukakan Kertas Jemaah Menteri daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) yang lengkap dibawa untuk kelulusan mesyuarat One Stop Centre (OSC) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Menyediakan maklum balas keputusan mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam masa tiga (3) hari bekerja;
  • Menyediakan ulasan, input dan makum balas terhadap Memorandum Jemaah Menteri dan Nota Ikhtisar mengenai isu-isu dasar berkaitan pengurusan sumber air yang dipohon oleh Kementerian-kementerian lain dalam masa tiga (3) hari;
  • Menganjurkan sekurang-kurangnya dua (2) bengkel/dialog/seminar berkaitan pengurusan sumber air dalam setahun;
  • Mengurus dan mendapatkan maklumbalas pertama berkaitan aduan orang awam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
  • Melawat sekurang-kurangnya (1) tapak ke projek di bawah JPS dan NAHRIM dalam tempoh masa sebulan;
  • Mengadakan mesyuarat penyelarasan JPS dan NAHRIM sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam setahun;
  • Menganjurkan mesyuarat berkaitan projek pembangunan bagi JPS dan NAHRIM sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam sebulan; dan
  • Menyediakan ulasan teknikal dan khidmat nasihat teknikal terhadap permohonan atau cadangan projek-projek pembangunan dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah mendapat maklumat lengkap dari pihak berkenaan.

 

CARTA ORGANISASI
 
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
 carta-bsash