OBJEKTIF
- Menentukan Sistem Pentadbiran yang efisyen selaras dengan Pembangunan Teknologi Maklumat terkini.
- Menentukan keperluan kewangan bagi menyokong aktiviti-aktiviti di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan/Agensi di bawahnya, disamping diagih dan dibelanjakan mengikut keperluan Program dan Aktiviti.
- Menentukan proses pengurusan belanjawan, perolehan, pra-pembayaran dan rekod perakaunan diurus dengan telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.
FUNGSI
Pengurusan Pentadbiran Am
Pentadbiran
i. Pentadbiran Am
- Sistem Perakam Waktu
- Pas Lawatan / Pasport
ii. Urusan Parlimen
- Menyelaras jawapan soalan Parlimen, Ucapan menggulung dan Usul yang dibangkitkan mengenai NRE.
- Menyediakan Jadual Pegawai Bertugas
- Menyediakan Kit Pegawai Bertugas
- Mendapatkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Hensard setiap hari semasa sesi Parlimen bersidang.
- Urusan Pembentang sebarang Rang Undang-Undang mengenai NRE
iii. Urusan Surat menyurat
- Terimaan/Penghantaran surat mesyuarat
- Penerimaan dan pengedaran semua pekeliling
iv. Pengurusan Fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat
v. Urusan Keselamatan
- Urusan Pas Keselamatan/Pas Pelawat
- Keselamatan bangunan
- Arahan Keselamatan
- Latihan Kebakaran
- Pemantauan tugas kawalan keselamatan swasta
vi. Pengurusan kenderaan Jabatan
- Permohonan tempahan kenderaan
- Penyenggaraan Kenderaan jabatan dan Kenderaan rasmi
- Pengurusan kad indent dan ‘Touch & Go’
vii. Penyewaan ruang pejabat, bangunan dan rumah kediaman
viii. Urusan telefon rasmi, pejabat rumah dan faksimili
ix. Permohonan pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer
x. Urusan anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan / Negeri
xi. Pengurusan Cuti Bahagian Pengurusan Bangunan, Stor, Aset dan Pelupusan.
- Pengurusan Bangunan Kontrak Penyenggaraan dan kebersihan, Taman dan Hiasan bangunan.
- Pengurusan majlis rasmi/mesyuarat peringkat Kebangsaan, Kementerian
- Mengurusan stor penerimaan, penstoran, pengeluaran barang-barang. Pengiraan, pemeriksaan dan Verifikasi Stok
- Pengurusan Inventori dan harta modal
- Kehilangan, Pelupusan dan Hapus Kira
Pengurusan Kewangan
Pengurusan Bajet
Pengurusan Perolehan
Pengurusan Pembayaran
Perpustakaan
- Memberi perkhidmatan kepada semua pegawai dan kakitangan di bawah NRE di samping sebagai pusat maklumat kepada agensi kerajaan, pusat pengajian tinggi dan sektor swasta.
Kami warga Bahagian Pentadbiran dan Kewangan berjanji akan memberi perkhidmatan-perkhidmatan
seperti berikut:
UNIT PENTADBIRAN AM
UNIT PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN
- Melapor segera segala aduan kerosakan bangunan yang diterima (meliputi kerosakan elektrikal, mekanikal dan sivil) kepada kontraktor penyelenggara bangunan.
- Memantau khidmat kawalan keselamatan di Wisma Sumber Asli oleh syarikat keselamatan swasta yang dilantik oleh Kementerian sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu.
- Menyemak permohonan penyewaan ruang pejabat dari Jabatan / Agensi di bawah Kementerian tiga (3) hari dari tarikh permohonan diterima.
- Menyediakan dewan / bilik mesyuarat yang ditempah sehari sebelum majlis / mesyuarat berlangsung.
- Menjalankan pemeriksaan berkala bagi keseluruhan bangunan Wisma Sumber Asli (termasuk aspek kebersihan) sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan.
UNIT PENGURUSAN ASET DANSTOR 
- Urusan pengeluaran stok dari stor (10 item dalam 2 jam)
- Urusan naziran stor bagi memastikan pematuhan Jabatan kepada peraturan-peraturan semasa pengurusan asset.
- Menganjurkan kursus pengurusan aset dan stor (2 kali setahun)
- Menguruskan urusan kehilangan / pelupusan / verifikasi aset (berdasarkan kehilangan)
- Pemeriksaan aset dijalankan sekali setahun
- Memastikan pemeriksaan mengejut pada stor diadakan sekali dalam masa 6 bulan
UNIT PERPUSTAKAAN
- Menyediakan bahan-bahan bacaan dan rujukan sedia untuk dibuat pinjaman satu bulan dari tarikh pembelian.
- Memberi maklum balas mengenai pertanyaan / rujukan maklumat yang dikehendaki dalam masa satu jam dari masa terima pertanyaan.
- Menguruskan pinjaman buku antara perpustakaan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.
- Kami berusaha memberi perkhidmatan pinjaman pada bahan-bahan yang diperlukan dengan mesra, bersopan, cepat dan cekap pada setiap masa.
UNIT KUALITI MAJLIS
- Menganjurkan perhimpunan bulanan pada minggu pertama setiap bulan.
Mengadakan program-program kualiti seperti :-
a) Menganjurkan Hari Kualiti sekali (1) setahun (suku keempat setiap tahun)
b) Mengadakan pameran kualiti
c) Mengadakan ceramah kualiti
- Memastikan makluman kursus diedarkan kepada semua pegawai dan kakitangan BPKN.
Penganjuran majlis rasmi peringkat Kementerian / Kebangsaan seperti :-
a) Sambutan Hari Raya
b) Majlis Berbuka Puasa
c) Sambutan Kemerderkaan
UNIT BAJET
- Menyelaras penyediaan buku bajet tahunan.
- Memastikan mesyuarat pemeriksaan bajet peringkat Kementerian diadakan sebelum mesyuarat pemeriksaan bajet oleh Kementerian Kewangan.
- Mengadakan mesyuarat pemeriksaan bajet pertengahan tahun pada suku tahun ketiga.
- Mengeluarkan waran peruntukan kecil 3 hari dari tarikh waran peruntukan am dan permohonan diterima.
- Mengadakan Mesyuarat JPKA empat kali setahun.
- Menyediakan ulasan kewangan dan memperakukan keputusan permohonan mengadakan / menghadiri kursus / seminar / mesyuarat / persidangan / taklimat bagi dalam negeri dalam dan luar negeri dalam tempoh tiga hari dari tarikh permohonan diterima.
- Memproses permohonan pindah peruntukan dalam tempoh tiga hari dari tarikh terima permohonan.
UNIT PEROLEHAN
- Mengeluarkan pesanan tempatan dalam tempoh tiga hari dari tarikh permohonan (lengkap) diterima.
- Mengeluarkan surat tawaran setuju terima tender / sebutharga dalam tempoh 2 (dua) hari selepas keputusan disahkan.
- Mengadakan mesyuarat lembaga perolehan sebulan sekali.
- Mengeluarkan waran perjalanan udara dalam tempoh sehari selepas tarikh permohonan diterima.
UNIT PRA-PEMBAYARAN
CARTA ORGANISASI 
.jpg)
|
|