Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Pengurusan Maklumat

 

OBJEKTIF
  • Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Kementerian.
  • Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin.
  • Menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam budaya kerja Kementerian.
  • Membentuk personel IT yang mahir dan kompeten. 
FUNGSI
  • Membangun Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian dan Jabatan/Agensi secara bersepadu.
  • Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan ICT (JPPICT) Kementerian.
  • Memastikan pelaksanaan projek ICT di Kementerian mengikut perancangan ISP, dasar, pekeliling dan garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi Kementerian melalui penggunaan ICT.
  • Membantu Kementerian melaksanakan aplikasi-aplikasi Kerajaan Elektronik.
  • Mengawalselia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT sektor awam.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan ICT.
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan kapasiti ICT.
  • Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong fungsi dan operasi Kementerian.
  • Merancang dan melaksanakan proses perolehan dan pelupusan peralatan ICT.
  • Merancang dan menyelaras pembangunan serta pelaksanaan NRE*Net. 
NORMA KERJA
 
Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti yang cekap dan berintegriti seperti berikut:
  •  Menepati keperluan pelanggan yang dipersetujui;
  •  Menepati tempoh masa yang ditetapkan; dan
  •  Mematuhi undang-undang, polisi dan peraturan.

Tadbir Urus ICT

  • Memaklumkan keputusan permohonan kelulusan teknikal projek ICT kepada Jabatan/Agensi/Bahagian dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas makluman rasmi keputusan.
  • Memastikan penilaian teknikal ke atas tender/sebutharga diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi dua puluh satu (21) hari bekerja selepas tarikh penerimaan dokumen berkenaan.

Khidmat Pelanggan ICT

  • Memastikan kemudahan ICT pelanggan disediakan dalam tempoh tiga (3 ) hingga tiga puluh (30) hari bekerja selepas permohonan diterima.
  • Maklumbalas aduan/khidmat nasihat kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Aplikasi ICT

  • Memastikan pembangunan sistem aplikasi menepati spesifikasi keperluan pelanggan dan dalam tempoh masa yang dipersetujui. 
  • Memastikan ketersediaan sistem aplikasi yang diurus oleh Bahagian Pengurusan Maklumat adalah 95%. 

 

CARTA ORGANISASI
 
 
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.