OBJEKTIF
Untuk memastikan kemajuan dalam sektor perhutanan dan kawasan hutan dipelihara serta dibangunkan bagi mencapai objektif pengurusan hutan secara berkekalan dan memelihara kestabilan alam sekitar.
FUNGSI
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan strategi berkaitan biodiversiti dan perhutanan.
- Mengimbangi usaha konservasi dan penjanaan ekonomi dalam pengurusan biodiversiti dan perhutanan.
- Menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa bagi menjaga kepentingan negara dalam bidang biodiversiti dan perhutanan.
- Menentukan pengurusan hutan secara berkekalan bagi memastikan bekalan sumber kayu-kayan mencukupi untuk keperluan dan kestabilan alam sekitar terpelihara.
- Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan perhutanan dan keluaran hutan supaya keluaran hutan dapat digunakan secara optimum dan dipelbagaikan kegunaannya.
- Meningkatkan prestasi pengurusan hutan berdasarkan kriteria dan petunjuk Malaysia atau MC&I selaras dengan strategi dan dasar negara.
- Mengekalkan dan menambahkan peranan sektor biodiversiti dan perhutanan selaras dengan objektif penghijauan negara dan alam sejagat sebagaimana persetujuan dalam forum-forum antarabangsa.
- Mempertingkatkan dan mempromosikan kepentingan biodiversiti kepada masyarakat umum.
NORMA KERJA
Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan akan memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap dan tepat. Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan adalah seperti berikut:-
Pengurusan Hutan Secara Lestari
Agensi Perhutanan
Memberi panduan dan arahan yang jelas dan praktikal mengenai perlaksanaan dasar dan strategi pengurusan sektor perhutanan
kepada JPSM dan FRIM.
Penyelidikan dan Pembangunan
Menilai pencapaian dasar dan strategi R&D dengan tumpuan kepada bidang baru terutamanya sektor hiliran.
Perhubungan/Pertubuhan Antarabangsa
Penyertaan di forum/persidangan/pertubuhan antarabangsa.
Menguruskan persediaan persidangan dalam masa satu (1) minggu.
Menyediakan laporan selepas penyertaan dalam masa dua (2) minggu.
Merangka program susulan dalam masa satu (1) bulan.
Persediaan Mesyuarat Dalam Negara
Menyediakan Nota Jemaah Menteri untuk pengurusan atasan dalam tempoh dua (2) minggu.
Menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri kepada agensi dari luar Kementerian dalam tempoh satu (1) minggu.
Menyediakan kertas dasar dalam tempoh satu (1) bulan.
Menyediakan Laporan Maklum Balas kabinet dalam masa dua (2) minggu.
CARTA ORGANISASI
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.