Mewujudkan satu kerangka dasar yang menyeluruh bagi memastikan alam sekitar yang sihat, bersih, selamat dan produktif bagi mencapai pembangunan lestari. Bahagian ini juga bertanggungjawab memastikan kepentingan negara dalam isu-isu alam sekitar serantau dan sejagat dilindungi.