Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Mineral dan Geosains

OBJEKTIF
  • Merancang dan menetapkan dasar serta hala tuju pembangunan dan kemajuan sektor mineral dan geosains negara.
  • Memastikan dasar dan perundangan mengenai pembangunan mineral dan geosains sentiasa relevan dan menyumbang kepada perkembangan industri dan ekonomi negara serta dilaksanakan secara mesra alam.
 
FUNGSI
  • Mengkaji dan menggubal dasar, perundangan, peraturan dan program bagi pembangunan sektor mineral dan geosains.
  • Merancang, mengkaji dan menetapkan hala tuju dan menyediakan pelan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi sektor mineral dan geosains.
  • Mengumpul dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan mineral dan geosains bagi perancangan dan pembangunan sektor berkenaan.
 
  • Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, program, perundangan, peraturan dan perkhidmatan serta melakukan penambahbaikan secara berterusan berkaitan pengurusan sumber mineral dan geosains.
 
  • Menjalin hubungan pelbagai/dua hala serta menjaga kepentingan negara dalam bidang mineral dan geosains di arena antarabangsa.
 
  • Menjalankan aktiviti pengurusan dan kewangan bagi menyokong pencapaian fungsi-fungsi Bahagian.
  
NORMA KERJA
 
Bahawa dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki serta nilai-nilai murni yang diamalkan, kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan melalui komitmen-komitmen berikut:-
 
  • Menyediakan Kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam tempoh dua (2) minggu;
  •  Menyediakan maklum balas mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian dalam masa tiga (3) hari;
  • Menyemak dan mengemukakan Kertas Kabinet daripada JMG dibawa untuk kelulusan mesyuarat One Stop Centre (OSC) dalam tempoh tiga (3) hari;

 

  • Menyediakan kertas kerja mengenai isu-isu dasar sektor mineral dan geosains dalam masa dua (2) minggu;
 
  • Menyediakan laporan-laporan khusus mengenai perkara-perkara tertentu dalam sektor mineral dan geosains dalam tempoh lima (5) hari;

 

  • Menyediakan ulasan, input atau maklum balas memorandum/ nota ikhtisar/ kertas Jemaah Menteri mengenai isu-isu dasar sektor mineral dan geosains yang dipohon oleh Kementerian-kementerian lain dan badan antarabangsa dalam masa tiga (3) hari;
 
  • Mengeluarkan surat keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
 
  • Menyediakan draf jawapan pertanyaan lisan / bukan lisan Dewan Rakyat/ Dewan Negara untuk tindakan Bahagian erancangan Korporat dalam masa tiga (3) hari;
 
  • Menyediakan ulasan permohonan melaksanakan aktiviti oleh JMG untuk kelulusan Kementerian dan mengemukakan untuk ulasan lain-lain Bahagian yang berkenaan di Kementerian dalam masa dua (2) hari; dan

 

  • Menyediakan minit mesyuarat dalam masa tiga (3) hari selepas sesuatu mesyuarat.
CARTA ORGANISASI
 
Klik pada imej di bawah untuk paparan yang lebih jelas.
 
BMG