Visi
Menerajui Pengurusan Sumber Asli Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Secara Berkekalan
Misi
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan wawasan negara melalui:
Perancangan bersepadu program dan aktiviti semua jabatan dan agensi.
Penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi terkini dan sumber kewangan.
Pembangunan sumber asli secara optimum untuk menyokong aktiviti nilai tambah.
Peningkatan dan pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Penyebaran dan perkongsian input teknikal dan pengurusan pangkalan data yang berkesan.
Kerjasama berkesan dengan semua peringkat sektor awam, swasta dan antarabangsa.
Peningkatan kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan berkesan.
Objektif Kementerian
Objektif 1
Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.
Strategi
- Penyediaan inventori sumber, perancangan pembangunan sumber dan pelan pemuliharaan.
- Peningkatan pengetahuan saintifik, pengukuhan mekanisme pentadbiran dan institusi.
Pelan Tindakan
- Menyedia inventori sumber melalui pangkalan data yang komprehensif dan tepat pada waktunya.
- Menyedia pelan pembangunan dan pengurusan sumber termasuk aspek pemuliharaan yang lengkap.
- Menggubal dan mengemaskini dasar/undang-undang bagi penggunaan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari.
- Menyelaras dan memantau program antara kementerian dan agensi serta kerjasama agensi persekutuan, negeri dan antarabangsa termasuk pelaksanaan keputusan Majlis-Majlis di bawah kementerian.
- Menyelaras dan memantau secara berkesan penggunaan dan pengurusan sumber asli dan alam sekitar.
- Membangunkan institusi relevan di peringkat yang bersesuaian.
- Mengurusetia Majlis-majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan berkaitan sumber asli dan alam sekitar.
Objektif 2
Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan
Strategi
- Mempertingkat kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja.
- Menyediakan mekanisme dan sistem penyebaran maklumat yang cekap.
Pelan Tindakan
- Merancang, menyelaras dan memantau serta meningkat keupayaan sumber manusia.
- Mengujudkan infrastruktur bagi perkongsian, pertukaran dan penyebaran maklumat.
Objektif 3
Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan.
Strategi
- Kawalan peruntukan dan pengurusan kewangan.
- Menentukan keutamaan projek-projek.
Pelan Tindakan
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek mengikut prosedur dan peraturan sedia ada (contoh : SPP II).
- Menyelaras dan memantau supaya mematuhi kehendak Rangka Rancangan Jangka Panjang III (RRJP III).
Objektif 4
Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
Strategi
- Memperkukuhkan dan meningkatkan kepakaran sumber manusia.
- Merancang dan memantau bidang-bidang penyelidikan & pembangunan serta Aplikasi & Perdagangan.
Pelan Tindakan
- Menyelaras program-program latihan bersesuaian dengan keperluan semasa.
- Memudahcara di dalam mengenal pasti bidang-bidang keutamaan penyelidikan dan keperluan teknologi.
- Mempromosi kerjasama dan perkongsian bistari antara institusi R&D dan industri tempatan dan antarabangsa.
- Memudahcara penubuhan pusat-pusat kecemerlangan yang standing dengan institusi R&D antarabangsa.
Objektif 5
Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari.
Strategi
- Penerapan nilai-nilai murni pengurusan alam sekitar dalam pembangunan Negara.
- Penambahanbaikan sumber air, tanah-tanih, hutan, marin dan udara.
- Mewujudkan langkah-langkah kawalan.
Pelan Tindakan
- Menyelaraskan memantau program-program dan aktiviti kesedaran alam sekitar sebagai langkah pencegahan.
- Menyelaras dan memantau keberkesanan program dan aktiviti penambahbaikan.
- Menyediakan peraturan, garis panduan dan kod amalan untuk mengawal pencemaran.
Fungsi Kementerian
- Menggubal dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dasar, perundangan, peraturan, garis panduan dan perkhidmatan serta melakukan penambahbaikan secara berterusan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Mengurus program latihan dan pembangunan sumber manusia bagi melahirkan warga kerja yang kompeten dan anggota masyarakat yang berpengetahuan.
- Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang mencukupi bagi memperkasa jabatan dan agensi.
- Merangsang usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar bagi meningkat nilai tambah pembangunan negara.
- Menentu dan menyelenggara urusan persempadanan bagi menjamin kepentingan, kedaulatan dan keselamatan negara.
- Menerajui pewujudan dan pengurusan maklumat geospatial dan aspatial negara.
- Memastikan perancangan dan pembangunan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara bersepadu.
- Menyelaras, mengawasi dan menguatkuasakan undang-undang mengenai sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Bertindak sebagai focal point bagi perjanjian pelbagai hala mengenai sumber asli dan alam sekitar.
- Mempertahankan kepentingan negara dalam rundingan-rundingan peringkat serantau dan antarabangsa mengenai sumber asli dan alam sekitar.
- Meningkat kesedaran dan sokongan awam mengenai kepentingan keseimbangan penggunaan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Mewujudkan rangkaian kerjasama di kalangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Menentukan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
Strategi
- Pembangunan yang seimbang antara penerokaan dan pemuliharaan sumber asli.
- Keutamaan dalam tindakan.
- Penerokaan peluang-peluang baru yang dapat menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara.
- Memastikan nilai tambah dalam hasil tindakan dan produk urusan.
- Penggubalan dan semakan dasar dan perundangan.
- Memupuk kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain diperingkat persekutuan dan negeri.
- Memupuk kerjasama dengan pihak swasta termasuk NGOs.
- Memupuk kesedaran dikalangan awam terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar dan sumber asli.
- Perbelanjaan secara berhemah.
- Tindakan bersepadu.
- Penambahbaikan berterusan dalam keupayaan tenaga kerja NRE.
- Penambahbaikan berterusan dalam proses, cara dan budaya kerja.
- Menambahbaik keperluan sumber termasuk infrastruktur fizikal dan bukan fizikal.
Kod Etika Kementerian
Kami Warga NRE berazam untuk mengamalkan Kod Etika NRE; dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berasaskan prinsip dan teras berikut:
- Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai budaya kerja.
- Mengamalkan nilai-nilai unggul profesionalisme di dalam perkhidmatan.
- Memegang teguh prinsip akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam tugas yang diamanahkan.
- Mengutamakan kepentingan pelanggan.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat.
- Bagi menegakkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
