Demi menerajui kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli dan alam sekitar secara lestari, kami berjanji akan :
1. Menyediakan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri mengenai dasar yang berkaitan dengan sumber asli dan
pengurusan alam sekitar dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh YB Menteri;
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap Majlis berikut:
- Majlis Tanah Negara;
- Majlis Sumber Air Negara; dan
- Majlis Biodiversiti Negara.
3. Mengeluarkan surat keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh lima (5) hari
bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
4. Menyediakan maklumat geospatial yang sentiasa boleh dicapai melalui aplikasi carian maklumat geografi setiap 24
jam x 7 hari dengan system uptime tidak kurang 97%;
5. Mengeluarkan surat keputusan permohonan Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism,CDM)
dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan mengenai Mekanisme
Pembangunan Bersih membuat keputusan;
6. Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklumbalas awal bagi aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh
aduan diterima; dan
7. Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima.