
Expo 2012 Yeosu adalah Ekspo Dunia (World Expo) anjuran Perhimpunan Agung Biro Pameran Antarabangsa (Bureau of International Exposition-BIE) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada tahun 2012, Malaysia akan menyertai acara ini buat kali ke sembilan (9) sejak mula menyertainya pada tahun 1970. Expo 2012 Yeosu Korea akan diadakan selama tiga (3) bulan bemula pada 12 Mei hingga 12 Ogos 2012 bertemakan The Living Ocean and Coast. Malaysia bersama-sama 105 negara lain akan menjayakan acara bertaraf antarabangsa ini yang akan bertempat di Yeosu, Republik Korea.
Buat julung kalinya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah dilantik sebagai agensi peneraju ke acara tersebut. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah dilantik sebagai Commissioner of Section Malaysia. Bagi menjayakan penyertaan ini, persediaan Malaysia ke Expo 2012 Yeosu melibatkan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan sektor korporat yang berkenaan. Pavilion Malaysia akan memaparkan keindahan dan keunikan Malaysia seiring dengan dengan konsep penganjur melalui tema Malaysia’s Biodiversity Haven: A Gift from Nature dengan slogan A Sea of Life A Harmony of Living. Maskot yang telah dipilih pada kali ini adalah ikan belacak (ikan tembakul) atau dalam Bahasa Inggeris mudskipper. Rekabentuk dan kandungan Pavilion Malaysia masih dalam proses pembangunan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa di laman rasmi Pavilion Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari: