Soalan 1:
Apakah latar belakang penubuhan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ?
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ditubuhkan berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004. Bidang tanggungjawab NRE adalah hasil penggabungan jabatan-jabatan daripada empat kementerian iaitu:
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur
Negara : Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,
- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) , Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) : Kementerian Perusahaan Utama
- Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) : Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
- Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Penyelidikan Kebangsaan Malaysia : Kementerian Pertanian
Soalan 2:
Apakah bidang tanggungjawab NRE?
NRE bertanggungjawab terhadap
- Pengurusan Sumber Asli
- Pengurusan Hutan
- Pengurusan Pengairan dan Saliran
- Pengurusan Hidupan liar
- Pengurusan Mineral
- Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
- Konservasi Alam Sekitar
- Pengurusan Taman Laut
Soalan 3:
Apakah Visi NRE?
Menerajui pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah pencapaian wawasan negara.
Soalan 4:
Apakah Misi NRE?
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar sejajar dengan wawasan negara melalui :
- Perancangan bersepadu program dan aktiviti semua jabatan dan agensi.
- Penggemblengan secara optimum guna tenaga, teknologi terkini dan sumber kewangan.
- Pembangunan sumber asli secara optimum untuk menyokong aktiviti nilai tambah.
- Peningkatan dan pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
- Penyebaran dan perkongsian input teknikal dan pengurusan pangkalan data yang berkesan.
- Kerjasama berkesan dengan semua peringkat sektor awam, swasta dan antarabangsa.
- Peningkatan kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik dan berkesan.
Soalan 5:
Apakah Objektif Kementerian?
- Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari.
- Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan
- Memastikan pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan.
- Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan
sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar.
- Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari.
Soalan 6:
Berapakah Jabatan/ Agensi yang berada di bawah NRE?
Terdapat 12 Jabatan/Agensi di bawah NRE iaitu :
- Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
- Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
- Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
- Jabatan Perlindungan Hudupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
- Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
- Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)
- Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Soalan 7:
Apakah peranan penting dalam Jabatan/ Agensi di bawah NRE?
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bertanggungjawab terhadap pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara dan Akta Perhutanan Negara. Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab untuk menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan pembangunan hutan, industri hutan dan industri berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber manusia.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
JPS bertanggungjawab dalam bidang pengurusan sumber air, pengurusan sungai dan pantai, tebatan banjir serta saliran bandar.
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
JAS memberikan dokus terhadap pengurusan alam sekitar di Malaysia. JAS memainkan peranan yang penting dalam mentadbir dan menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) Pindaan 1985, 1996 dan Bahagian IV, Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)JKPTG bertanggungjawab dalam pengurusan dan perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras dengan Dasar Pembangunan Negara yang merangkumi pengurusan tanah persekutuan, penyelesaian tanah dan penguatkuasaan.
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)JUPEM bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pengukuran dan menyediakan maklumat-maklumat mengenai pengukuran kadaster(Hak milik) dan pemetaan serta aktiviti penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa bagi memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
Soalan 8: Bagaimanakah cara untuk menghubungi NRE berserta Agensi sekiranya sekiranya kami ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Talian : 03-8886 1111
Kaunter Khidmat Pelanggan : 03-8886 1001
Laman web :
www.nre.gov.my Emel :
aduannre@nre.gov.my
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Putrajaya
Kementerian sumber asli dan alam sekitar