Berapakah kekerapan laman web ini dikemaskini?
Perubahan, pengemaskinian dan paparan maklumat dilakukan secara harian. Walau bagaimanapun, tidak semua page dikemaskini secara harian.
Apakah jenis browser dan plug-ins yang saya perlukan?
Web Browser
Portal NRE dibangunkan menggunakan teknologi yang mengutamakan kepantasan, keselamatan dan kebolehgunaan bagi pengguna. Untuk paparan terbaik melayari Portal NRE, anda dicadangkan menggunakan Internet Explorer atau Mozilla Firefox versi terkini.
Anda boleh memuat turun browser yang dicadangkan melalui pautan berikut:
Browser Plug-Ins
Melalui kepelbagaian teknologi yang digunakan, www.nre.gov.my menawarkan anda ciri-ciri laman web dinamik iaitu pantas dan mudah digunakan. Plug-ins berikut boleh dimuat turun secara percuma dan dapat membantu anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Portal ini:
§ Acrobat Reader versi 5.0 ke atas - untuk melihat dokumen Adobe Acrobat PDF
§ Windows Media Player - untuk memainkan fail format audio dan video Mengubah saiz paparan text dan mendengar bacaan text
Bagi sesetengah pengunjung Portal NRE mungkin akan mendapati perbezaan pada saiz paparan text berbanding biasa. Jika ini berlaku, mungkin konfigurasi pada Web browser anda telah berubah. Untuk mendapatkan konfigurasi paparan text yang sesuai, anda boleh menggunakan fungsi-fungsi berikut:
Kebolehcapaian
NRE berusaha yang terbaik menjadikan Portal ini menepati standard kriteria yang digariskan oleh World Wide Web Consortium dan sentiasa boleh dicapai dari mana-mana rangkaian. Namun pihak NRE juga akur sekiranya anda menemui sebarang ralat ketika melayari Portal NRE. Justeru itu, jika anda menghadapi isu capaian ke atas maklumat di dalam Portal NRE, sila hubungi kami di webmaster@nre.gov.my atau menerusi borang maklum balas.
Bagaimana untuk memuat turun PDF/PowerPoint?
NRE telah menyediakan perkongsian dokumen di dalam format Portable Document Format (PDF) dan PowerPoint pada ruangan Pusat Media dan Penerbitan. Untuk membaca atau mencetak dokumen yang menggunakan format PDF anda memerlukan perisian Adobe Acrobat® Reader yang boleh dimuat turun secara percuma di Laman Web Adobe.
Begitu juga jika anda tidak mempunyai perisian Microsoft PowerPoint di dalam komputer, anda masih boleh membaca bahan yang disediakan menggunakan PowerPoint Viewer. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman Web Microsoft.
Bagaimana untuk menggunakan fungsi Carian...?
Penggunaan Enjin Carian NRE merupakan langkah mudah untuk mencari maklumat yang anda inginkan.
Enjin Carian NRE menyokong penggunaan Wildcards dan Boolean Operators ketika melakukan carian.
Wildcards
Anda boleh menggunakan contoh format seperti ini ketika melakukan carian:
biodiversiti*
Carian akan menyenaraikan sebarang maklumat yang mengandungi kata kunci “biodiversiti”
Boolean Operators
Anda boleh menggunakan perkataan “AND”, “OR”, parenthesis, =, >, <, <=, >=
Berikut adalah contoh format yang boleh anda gunakan:
(“NRE” AND “alam sekitar”)
Boolean Operators membolehkan anda mengecilkan skop carian kepada subjek yang lebih spesifik.
Bagaimana jika saya masih gagal menemui maklumat yang dikehendaki?
Contoh penggunaan drop down filter untuk mencari maklumat Penerbitan 
Dasar Keselamatan dan Privasi
Portal ini mempunyai beberapa polisi dan notis hak cipta yang menjelaskan syarat penggunaan maklumat dan bahan yang terdapat di dalam Portal NRE.
Dasar Privasi menjelaskan bagaimana NRE melindungi maklumat yang telah anda kongsi di dalam Portal NRE.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai prosedur keselamatan melayari Portal NRE sila emel kepada
webmaster@nre.gov.my.
Terma dan Syarat Penggunaan Portal NRE
Apa yang perlu saya lakukan jika menemui sebarang pautan yang tidak berfungsi?
NRE memohon maaf sekiranya anda menemui pautan yang tidak berfungsi ketika melayari Portal NRE. Sebarang kerjasama yang anda berikan untuk melaporkan pautan yang tidak berfungsi supaya dapat dilakukan pembetulan sangat kami hargai.
Sign-In, Webmel NRE and Warga NRE
Hanya warga NRE diberikan hak capaian menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk log masuk ke dalam Portal NRE, Webmel NRE dan Intranet NRE.