|
|
|---|
Untuk bertindak sebagai One Stop Centre untuk semua aktiviti yang berkaitan dengan biokeselamatan.
Menjadi sekretariat dan operational arm kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK);
Menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) serta jawatankuasa/ jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah LBK dan GMAC;
Memantau aktiviti yang berhubungan dengan organisma diubahsuai yang hidup (LMO) dan hasilan organisma sedemikian;
Menyediakan pelantaran (platform) untuk konsultasi dengan pelbagai pihak dalam usaha memformulasikan dan mengemas kini dasar, undang-undang dan garis panduan berkaitan biokeselamatan;
Menyelaras dan menyepadukan usaha-usaha yang diambil oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri serta Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak Industri Bioteknologi Moden berkaitan isu biokeselamatan;
Membina kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan di dalam dan di luar negara dalam bidang biokeselamatan; dan
Menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran data yang berkaitan dengan biokeselamatan;
Membantu Kerajaan memformulasikan pendirian negara tentang isu-isu biokeselamatan di forum-forum antarabangsa; dan
Meningkatkan kesedaran awam terhadap biokeselamatan.
Jabatan Biokeselamatan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam memastikan keberkesanan serta kecekapan pelaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
Semua pertanyaan/kemusykilan berhubung perkhidmatan jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh pertanyaan dikemukakan;
Memproses permohonan kelulusan bagi apa-apa aktiviti pelepasan atau apa-apa pengimportan organisma diubah suai yang hidup dalam masa 180 hari; dan
Memproses pemberitahuan bagi aktiviti pengeksportan dan kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup dan pengimportan organisma diubah suai yang hidup bagi maksud menjalankan aktiviti kegunaan terkawal dalam masa 90 hari
Klik
disini untuk papar laman web BCH Malaysia