Geosains dikenalpasti sebagai satu bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan sains bumi. Geosains merangkumi bidang-bidang seperti kejuruteraan geologi, geofizik, hidrogeologi, geologi alam sekitar, geologi warisan, geologi marin, geologi petroleum dan kimia bumi. Geosains melibatkan penyelidikan saintifik Bumi, termasuk komposisi, sifat-sifat fizikal, struktur, evolusi, sejarah tektonik dan sumber asli (sumber geologi) yang terkandung di dalamnya. Penyiasatan dan penyelidikan geosains yang menjurus ke arah memahami asal usul dan pengagihan sumber, sifat dan evolusi kompleks landskap bumi dan pelbagai perubahan alam sekitar dan iklim yang mempengaruhi setiap hidupan di bumi. Aktiviti geosains antara lain termasuk pemetaan geologi, hidrogeologi atau kajian air bawah tanah, geologi kejuruteraan, geologi alam sekitar dan geologi warisan.