
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) akan menganjurkan Seminar Sehari Kesedaran Pemetaan Utiliti 2012 seperti butiran berikut :
Tarikh : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Seminar ini bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai keperluan pemetaan utiliti kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perolehan, pengukuran dan pengurusan data-data utiliti bawah tanah.
Semua warga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar beserta Jabatan dan Agensi dijemput untuk menghadiri seminar. Yuran penyertaan bagi menyertai seminar ini berjumlah RM 400.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Sahaja).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar ini, YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh terus menghubungi Penyelaras seminar seperti berikut :
Urusan Seminar: |
En. Roslan Bin Abd Ghani |
05-4542825 ext : 606 |
|
Pn. Faizah Bt. Mahmud |
05-4542825 ext : 609 |
|
En. Mohd Ridhzuwan Bin Ahmad |
05-4542825 ext : 206 |
|