Gunung Benum merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benum terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.
.
Perjalanan Pendakian Gunung Benum
Pendakian ke puncak Gunung Benum merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan oleh pendaki-pendaki. Rentisnya boleh dikategorikan sebagai sukar atau hardcore trail serta mempunyai pemandangan panorama indah ditambah dengan jeram dan lata di kaki gunung yang sedia menanti para pendaki semasa dalam perjalanan balik. Punca air di beberapa tapak perkhemahan hanyalah dari tangki tadahan oleh itu pendaki perlu bersedia dengan keadaan sumber air terhad dan keperluan membawa air yang mencukupi semasa sedang berjalan/ trekking.
Hari 1:
Pendaftaran, lantikan pemandu arah dan pemeriksaan peralatan. Jarak perjalanan menuju ke Tapak Perkhemahan Pertama Kem Jeneruh adalah sejauh 9 km. Sumber air di kawasan tersebut ialah air Sungai Jeneruh.
Sekiranya para pendaki terus melakukan pendakian pada hari pendaftaran, mereka tidak perlu bermalam di Tapak Perkhemahan Perlok. Walaubagaimanapun jika kumpulan pendaki ingin bertolak pada keesokkan harinya maka mereka akan bermalam di sana.
Hari 2:
Perjalanan menuju tapak perkhemahan ke dua iaitu Gunung Lilin. Jarak perjalanan menuju ke Tapak Perkhemahan Gunung Lilin ialah sejauh 4.5 km. Sumber air ialah Tangki tadahan air dan perlu membawa air sebagai persediaan.
Hari 3:
Perjalanan menuju ke Tapak perkhemahan ke tiga iaitu Permatang Angin. Sumber air dari tangki tadahan Air. Jarak perjalanan menuju ke Tapak Perkhemahan Permatang Angin ialah sejauh 5 km
Hari 4:
Perjalanan menuju ke Puncak Benum adalah sejauh 3.5 km dan jarak ke Tapak Perkhemahan ke empat iaitu Permatang Gunung Cermin adalah sejauh 7.5 km. Para pendaki dikehendaki membawa air untuk digunakan di Tapak khemah keempat.
Hari 5:
Perjalanan turun ke tapak perkhemahan ke Lima iaitu Kem Lata Bujang. Terdapat sumber air sungai dan panorama air terjun 6 tingkat. Perjalanan ke Kem Lata Bujang ialah 6 km manakala sekiranya para pendaki ingin terus menamatkan pendakian sehingga ke Pejabat Perlok, ianya akan melibatkan jarak perjalanan sejauh 8.5 km secara keseluruhannya.
| LALUAN PENDAKIAN GUNUNG BENUM |
ANGGARAN JARAK PERJALANAN (KM) |
Pos Perlok – Kem Jeneruh |
9 |
Kem Jeneruh – Gunung Lilin |
4.5 |
Gunung Lilin – Permatang Angin |
5 |
Permatang Angin – Puncak G. Benom – Permatang Gunung Cermin
|
11 |
Permatang Gunung Cermin – Kem Lata Bujang |
6 |
Kem Lata Bujang – Pos Perlok |
2.5 |
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
.
Ketua PengarahJabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM. 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel: +603-90866800
Faks/ Fax: +603-9075 2873
E-mail:
pakp@wildlife.gov.my
Pengarah Unit Pengurusan Rezab Hidupan Liar Krau
Jabatan PERHILITAN Bukit Rengit, 28500 Lanchang, Pahang
Tel: 609-2790585
Faks/ Fax: 609-2790586
Email:
rezabkrau@wildlife.gov.my