Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Zoo Taiping

 Dengar Teks
 
 
 
 
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
 
Night Safari
 
Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran. 
 

Info Pelawat : 
 
Waktu Lawatan
 
Di buka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.
Dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang. 
 
Bayaran Masuk
 
Dewasa          - RM 5.00
Kanak-kanak  - RM 3.00
Kamera Video - RM 5.00
 
Zoo Mini Train
 
Dewasa          - RM 3.00
Kanak-kanak  - RM 1.50
Diskaun rombongan 20% (melebihi 20 orang)
 
Diskaun
 
Diskaun rombongan sekolah 50%
Murid Sekolah Rendah     - RM 1.50
Murid Sekolah Menengah - RM 2.50
Diskaun Warga tua dan rombongan pelancong
Warga tua ( 55 tahun dan ke atas)       - RM 4.00
 
Untuk diskaun 20% Rombongan Pelancong, Surat Permohonan Rasmi perlu dikemukakan sebelum tarikh lawatan untuk kelulusan.
Perhatian: Semua permohonan untuk harga diskaun hendaklah dihantar melalui surat rasmi. 
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik
Taman Tasik Taiping
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
 
Tel: 605-808 6577
Faks: 605-808 6025 
 
Emel: zootaiping@zootaiping.gov.my 
 
Pautan berkaitan :
 
Laman Web Zoo Taiping
 
 
 
Cetak halaman ini

​​