|
|
|---|
Zoo Melaka telah berkembang maju sehingga menjadi zoo kedua terbesar di negara ini. Zoo yang terletak lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka ini merupakan zoo yang pertama di rantau ini yang mempamerkan hidupan liar terancam.Tarikan utama spesies-spesies hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo semasa, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau.
Info Pelawat :
Aktiviti
Pertunjukan pelbagai binatang
Sesi fotografi bersama binatang selepas pertunjukan(orang utan, burung dan ular)
Pertunjukan gajah
Sesi fotografi bersama gajah selepas pertunjukan
Memberi makan kepada gajah
Menunggang gajah dan kuda
Setiap hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah
Perkhidmatan Tram
Waktu Lawatan
> Day Zoo
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Hari : Isnin - Jumaat
> Night Zoo
Masa : 8.00 mlm- 10.00 malam
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Am
Kadar bayaran :
> Day Zoo
Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 7.00
Harga pakej - RM 5.00
Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 4.00
Harga pakej - RM 2.00
Pelajar Sekolah dengan Uniform
Harga biasa - RM 2.00
Harga pakej - RM 2.00
Kamera Video
Harga biasa - RM 10.00
Harga pakej - RM 10.00
> Night Zoo
Dewasa (13 tahun dan ke atas)
Harga biasa - RM 10.00
Harga pakej - RM 8.00
Kanak-kanak (5-12 tahun)
Harga biasa - RM 5.00
Harga pakej - RM 4.00
Nota : Kamera, kamera video dan lampu suluh tidak dibenarkan dibawa masuk ke Night Zoo
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut :
Tel : 606–2324053/54
Faks :606–2325859
Pautan berkaitan :
Laman Web Rasmi PERHILITAN