Skip Ribbon Commands Skip to main content
Bahasa Melayu | English | Bahasa Lain Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap Tema Oren Tema Hijau Portal Asal Tanda Halaman Ini

Taman Negara Terengganu

 Dengar Teks
 
 

Tanjung Mentong merupakan antara pintu masuk ke Taman Negara yang kaya dengan ekosistem yg kompleks. Flora dan fauna boleh dilihat di sepanjang rentis. Pendaki boleh menikmati cabaran dan keseronokan mendaki Gunung Gagau iaitu puncak kedua tertinggi di Taman Negara pada ketinggian 1,376m di mana ketiga-tiga negeri di Taman Negara dapat dilihat. Terdapat dua buah gua berdekatan iaitu Gua Bewah dan Gua Taat. Anda juga boleh terokai ekosistem gua di mana artifak purba berusia 4,000 SM pernah ditemui.
 
Info Pelawat :
 
Permit dan Lesen
           
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu.
 
Penginapan

Terdapat 8 unit syele berkembar dan sebuah asrama yang mempunyai 16 buah katil disediakan oleh pihak pengurusan. Sewa yang dikenakan untuk setiap syele ialah RM40.00 satu malam dan RM12.00 satu malam bagi asrama. Tanjong Mentong Resort kini di bawah pengurusan pihak swasta. Terdapat jeti, restoran, bilik mesyuarat dan menara tinjau.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel : 09-622 7751
 
Pengurus
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-623 6684
Faks:09-631 6684
Pautan berkaitan :
 
Laman Web Rasmi PERHILITAN
 
 
 
Cetak halaman ini

​​
Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar