Kredit Gambar : www.google.com
Taman Laut Pulau Tinggi terdiri daripada perairan di sekitar 13 pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar. Pulau Tengah Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tinggi, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Sibu Hujung, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur. Pulau-pulau ini terletak di timur laut pantai di Negeri Johor dan terletak di antara 8 ke 35 batu nautika dari Mersing. Pinggiran pantai terdiri daripada pantai pasir halus yang dipenuhi dengan lapisan batu dan pantai lanar yang berpunca dari laut. Sebahagian besar pedalaman pulau dipenuhi hutan, dengan pokok buah-buahan dan kelapa memenuhi sekeliling kampung dan rumah-rumah rehat.
Info Pelawat :
Infrastruktur
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.
Aktiviti
Taman Laut Pulau Tinggi mempunyai beberapa tempat perkhemahan yang sangat baik dengan pantai yang luas dan sesuai untuk perkelahan serta air yang cetek untuk aktiviti berenang dengan selamat.. Kesemuanya boleh didapati di teluk yang luas di Pulau Sibu, Pulau Dayang dan Pulau Rawa. Pelancong yang menaiki bot boleh menikmati pemandangan di serata pulau di samping melihat pembentukan batu seperti di Pulau Aur dan hutan hujan tropika yang meliputi sebahagian besar pulau ini. Aktiviti lain termasuk memerhati burung, mendaki, rock climbing, meluncur air dan menyelam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Jabatan Taman Laut Negeri Johor
Pusat Taman Laut Mersing,
JKR 341 Jalan Taman Dr Ismail,
86800 Mersing,
Johor Darul Takzim
Pusat Taman Laut Pulau Tinggi
D/A JKR 341 Jalan Taman Dr Ismail,
86800 Mersing,
Johor Darul Takzim
Pusat Taman Laut Mersing
Tel: 07-799 1161
Faks: 07-799 2553
Pusat Taman Laut Pulau Tinggi
Tel: 07-799 1161
Faks: 07-799 2553
Pautan berkaitan :
Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut