Skip Ribbon Commands Skip to main content
  Pilihan Bahasa :    
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Besarkan Saiz Teks Saiz Teks Asal Kecilkan Saiz Teks   Portal Asal Tema Biru Tema Hijau Teks Biru Teks Hijau Teks Merah Tukar Kontras ke Cerah Tukar Kontras ke Asal Tukar Kontras ke Gelap    Tanda Halaman Ini Ikuti Kami Di Facebook Ikuti Kami Di Twitter Ikuti Kami Di Flickr
Carian :

Taman Laut Pulau Payar

 Dengar Teks

 
 
Taman Laut Pulau Payar mengandungi empat buah pulau, Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang. Terdapat empat pantai berpasir di sebelah timur pulau ini. Taman Laut Pulau Payar terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pulau-pulau ini digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993). Pantai di sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan dicirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk oleh ombak. 
 
Info Pelawat :
 
Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan. Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.
 
Salah satu perkara yang paling menarik untuk dilakukan melihat mamalia marin dan ikan di mana Taman Laut Pulau Payar adalah sebahagian laluan migrasi bagi ikan dan mamalia marin yang mengagumkan. 
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
 
Pusat Taman Laut Pulau Payar
D/A Tingkat 9 Wisma Persekutuan
Jalan Kampung Baru
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
 
Tel: 04-733 9086 
  
Pautan berkaitan :
 
Laman Web Rasmi Jabatan Taman Laut
​​​​

 

 

 

Cetak halaman ini